Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 17, 2025 @ 4:40pm

Penerbit Richard Ung Hulur Pertolongan, Tayangan Filem Felai FX Bantu Dharma Harun Al-Rashid

Di sebalik kemunculan semula pelakon veteran Dharma Harun Al-Rashid ke layar perak menerusi filem Felai FX, terselit kisah persahabatan lama dan keprihatinan seorang sahabat yang juga penerbit filem, Richard Ung.

Menerusi inisiatif peribadi dan sokongan syarikatnya AMP Moves Sdn Bhd bersama Sheunik Sdn Bhd serta Teguh Setanding, Richard bukan sahaja menawarkan watak kepada Dharma, malah turut menganjurkan tayangan khas filem berkenaan demi membantu pelakon berusia 69 tahun itu yang kini berdepan masalah kewangan.

“Secara kebetulan, Dharma dan anaknya, Syafiq turut berlakon dalam filem Felai FX yang menjalani penggambaran dua tahun lalu.

“Dharma pegang watak ketua gangster dalam filem yang memaparkan kisah ‘scammer’ dan perjudian dalam talian ini. Dharma juga masih sihat dan tegap ketika itu dan tidak kurus seperti sekarang,” ujarnya.

Richard ditemui XTRA sempena tayangan khas filem Felai FX di Panggung 1, FINAS, Petaling Jaya, sebentar tadi.

Richard berkata, walaupun filem tersebut belum ditayangkan secara umum, tayangan khas ini lebih bersifat amal demi mengumpul sumbangan untuk Dharma yang kini menanggung dua anak serta menghadapi tunggakan sewa rumah.

“Saya tidak dapat berkongsi jumlah sumbangan yang akan disalurkan kepada Dharma pada majlis tayangan khas ini.

“Apa yang boleh saya beritahu, sumbangan itu cukup untuk Dharma keluar dari kemelut yang dihadapi sekarang iaitu untuk bayar tunggakan sewa rumah dan kos sara hidup dalam tempoh tiga bulan sehingga anaknya menamatkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA),” katanya.

Richard yang telah mengenali Dharma sejak era kegemilangan filem Adik Manja pada awal 1980-an berkata, dia tergerak hati untuk membantu apabila mengetahui keadaan kesihatan dan kewangan sahabat lamanya itu semakin meruncing.

Dalam pada itu, Dharma berkongsi pengalaman beraksi dalam filem Felai FX sebagai ketua sindiket kongsi gelap terbabit dalam pelaburan forex.

Dharma yang menghidap pelbagai penyakit sejak beberapa bulan lalu mengakui tawaran itu datang tepat pada masanya ketika beliau masih sihat dan mampu melakonkan babak aksi serta bertumbuk.

“Kawan saya yang juga penerbit Richard ini memang ‘gila’ sikit. Bila nampak saya terus ajak berlakon, kemudian dengan anak saya pun dia ajak sekali. Sudah lama saya tak berlakon, dulu mereka panggil ketika saya sihat, elok.

“Tawaran untuk filem ini saya dapat pada 2023 dan penggambaran pun pada tahun itu juga ketika masih sihat. Cuma, baru-baru ini saya menghadapi masalah tekanan, lama-lama saya kurang makan, macam-macam lagi penyakit datang,” katanya.

Dharma turut meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Muhammad Al Syafiq, 36, turut diberi peluang berlakon bersama dalam filem aksi berkenaan.

“Saya tak rasa ini sebagai pekerjaan, tapi perkara yang memang saya cinta, jadi bila dapat kembali memang mengubat kerinduan,” katanya.

Selain sokongan moral dan peluang berlakon, Dharma juga menerima sumbangan tunai sebanyak RM3,000 daripada pihak produksi sebagai bantuan segera untuk meringankan beban hidupnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 3 Jan 2022

Dakwa Difitnah Wanita Di Media Sosial, YouTuber Popular Aqil Zulkiflee Tuntut Permohonan Maaf & Pampasan RM1 Juta  

Pemenang trofi YouTuber Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34, Aqil Zulkiflee tidak mengambil ringan tuduhan fitnah melalui platform media sosial apabila menuntut permohonan maaf dan pampasan RM1 juta terhadap seorang wanita yang […]

Trending Wed, 28 Feb 2018

Sajat Rated Xtra Tayangan Eksklusif Hanya Di Tonton!

Dan, anda juga berpeluang untuk menyaksikan rakaman langsung tanpa tapisan dan tanpa sebarang skrip. Malah, semua content yang terdapat dalam Vlog ini akan memaparkan 100 peratus atas kerelaan Sajat.

Featured Mon, 10 Apr 2023
Featured Wed, 30 Nov 2022
Featured Thu, 10 Mar 2022
Trending Mon, 6 Sep 2021
Trending Fri, 22 Jan 2021

KWSP Lulus 3.18 Juta Permohonan i-Sinar Kategori 1

Alhamdulillah buat mereka yang diluluskan permohonan i-Sinar!

Hiburan Mon, 2 Aug 2021

“Terima Kasih Semua Yang Hina Saya” – Terpalit Isu Saman Siti Nordiana Sehingga Dikecam Netizen, Zulin Aziz Kesal Ayat Dimanipulasi

Dek kerana komen terhadap isu yang melibatkan kes saman penyanyi Siti Nordiana disalah erti, pelakon Zulin Aziz menerima kecaman netizen. Difahamkan, Zulin meninggalkan komen menerusi satu hantaran dan ia merujuk kepada kes yang sedang berlaku […]

Trending Mon, 15 Jun 2020
Hiburan Wed, 14 Feb 2024
error: Content is protected !!