Euforia Bola 2026
Trending By: Khairil Khusyairi August 17, 2022 @ 7:15pm

‘Boleh Tegur Tapi…’ – Ani Maiyuni Pertahan Kerjaya Sebagai Artis Dangdut

Penyanyi Dangdut, Ani Maiyuni memberi pandangan tentang sikap pengguna laman sosial yang selalu memandang rendah dan menghina kerjaya penyanyi dangdut.

Bagi Ani, dia beranggapan golongan selebriti sentiasa terbuka menerima teguran, namun jangan keterlaluan dalam memberi sebarang komen. Ani juga berasa terkilan dengan sesetengah pihak yang melihat dunia seni sebagai lubuk maksiat.

“Boleh beri teguran, tapi jangan sampai menghina. Walaupun bukan saya yang ditegur secara langsung, saya tetap tersinggung kerana saya juga penyanyi dangdut. Kata-kata yang dilemparkan sesetengah pihak bagaikan penghinaan.

“Kami mungkin boleh menerimanya, tetapi mereka kena ingat kami juga ada anak-anak dan keluarga yang barangkali terkesan dengan teguran kasar itu.

“Bagaimana jika anak-anak kami diejek di sekolah hanya kerana kerjaya ibu mereka sebagai penyanyi dangdut?

“Saya tidak pandai bab agama, tetapi kehidupan setiap manusia ada ujian yang tersendiri. Nafsu adalah satu ujian. Berkata-kata mengikut nafsu juga ujian, namun terpulang apakah teguran yang kita sampaikan itu membawa kebaikan atau sebaliknya.” ujarnya.

Pelantun lagu Terang Bulan itu juga mendedahkan bahawa dia memilih untuk bernyanyi hanya kerana ingin membantu suami dan keluarganya.

“Saya menyanyi sebab nak bantu suami dan keluarga. Gaji suami tidak besar, sementelah kami ada anak-anak yang masih bersekolah. Itu niat saya. Setiap kerjaya ada peranan masing-masing.

“Jangan mudah menghukum orang. Pokok pangkal, niat kita apa. Saya menjadi artis dangdut untuk cari duit dan hiburkan orang. Ada juga kerja amal yang kami lakukan, tetapi orang tidak nampak.

“Jangan cuma lihat apa yang artis buat ini sebagai maksiat dan dosa semata-mata kerana setiap kita mempunyai peranan serta tanggungjawab tersendiri selagi masih bernafas,” ujarnya lagi.

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Sep 2021

Selamat Bersalin, Izreen Azminda & Ude Dapat Baby Boy Lagi

Pelakon Izreen Azminda selamat melahirkan cahaya mata ketiganya semalam. Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Izreen memaklumkan dia melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada jam 9.06 pagi semalam. “Syukur […]

Trending Fri, 12 Jun 2020
Featured Tue, 19 Mar 2024

“Puteri Sarah Menantu Baik, Kebahagiaannya Tergugat Sebab Penyondol Yang Kejam” – Patimah Ismail

Salute! Datin dengan Datuk ni memang contoh terbaik mentua sedunia lah❤️

Featured Wed, 18 Jun 2025
Featured Mon, 22 Aug 2022
Hiburan Wed, 15 Oct 2025
error: Content is protected !!