Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 28, 2024 @ 12:22pm

Janna Nick Dedah Terima DM, Individu Berani Minta Pinjam RM 8,500 Gara-Gara Kantoi Mencuri – “Sorry, Saya Benci Orang Malas!”

Pelakon dan pengacara, Janna Nick bengang apabila ada individu berani tampil menghantar mesej langsung (DM) dan menyatakan hasrat untuk  meminjam duit dengannya.

Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Stories, Janna memaklumkan individu tersebut memohon untuk meminjam wang dengannya gara-gara kantoi mencuri dan memerlukan duit untuk membayar semula wang hasil rompakannya tu.

“Tolong saya kak, saya kantoi mencuri. Saya memerlukan duit untuk  bayar balik tapi saya tak ada duit tu.

“Saya harap sangat kakak dapat bantu saya.  Dalam RM8,500. Tak ada siapa yang nak tolong saya. Mereka nak hari ini juga,” katanya.

Kesal dengan sikap individu berkenaan, pelantun lagu Gatal-Gatal ini tampil memberikan respons apabila menyatakan dia membenci orang yang malas dan hanya berharap dengan pertolongan orang lain.

“Orang penat kerja,menyimpan… dia senangje mencuri leastu kantoi minnta orang lain bayar. Bertaubatlah dik… harini kita mencuri, tipu orang… Esok llah balas berkali-kali ganda teruk dari nilai yang kita curi tu.

“Sorry, saya benci orang malas,” balasnya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Mar 2026

Aprena Manrose Akui Ramai Lelaki Dekati Lepas Cerai, Tapi Belum Sedia Buka Hati – “Penat, Nak Nikmati ‘Single’ Dulu”

Aprena mengakui pernah terfikir sama ada masih ada lelaki yang sudi menerima dirinya selepas memegang status janda

Featured Fri, 1 Jul 2022

[VIDEO] Shuk Sahar Hadir Ke Mahkamah, Netizen Berang Acah Jadi Mangsa Keadaan – “Macam Dia Yang Tersakiti”

Dalam perkahwinan tiada siapa yang inginkan perpisahan 🥺 Kesian pada anak-anak.. Apapun, min doakan semoga dipermudahkan semuanya.

Featured Sun, 26 Mar 2023

[VIDEO] Imam Shah Tak Boleh Fokus Berlakon Sama Dengan Hannah Delisha – “Isteri Comel Sangat Sampai Nak Gigit”

Amboiiiii, sweet sangat ni! Isteri comel, cantik.. Tak boleh fokus si suami 🤪🤪🥰

Featured Wed, 27 May 2020

Patuhi SOP khusus untuk proses sanitasi ditetapkan KKM

Dapatkan maklumat jika tidak jelas

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Samsung’s First Mini-Drama Amira Rose Scores a Successful Hit

The series garnered over 10 million views and emerged as top five most-watched drama in June.

Eat Travel Thu, 27 Feb 2020
Featured Mon, 26 May 2025
error: Content is protected !!