Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 18, 2025 @ 6:05pm

[VIDEO] “Perceraian Bukan Titik Terendah Dalam Hidup Saya” – Diana Danielle

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle mengakui melalui salah satu fasa paling gelap dalam hidupnya apabila perkahwinan yang dibina akhirnya tidak lagi selari dengan perjalanan hidup mereka berdua.

Menerusi podcast bersama pengamal media, Sudirman Mohd Tahir, Diana secara terbuka menceritakan bagaimana rasa kehilangan itu lebih menyakitkan berbanding episod perceraian yang dilaluinya.

“Kehilangan bapa saya adalah salah satu daripadanya titik terendah dalam hidup. Semasa dapat tahu ibu saya ada kanser ketika saya berumur 12 tahun juga perit.

“Kehilangan rumah tangga bukan titik terendah dalam hidup saya. Kehilangan sahabat baik di dalam perkahwinan saya, iya itu titik terendah dalam hidup saya.

“Menerima hakikat yang mungkin kita sudah tidak seiring dan sejalan. Kita dah semakin dewasa menjadi manusia yang berbeza. Kita akan jadi manusia yang dah ada haluan berbeza, itu yang menyakitkan,” katanya.

Ketika disoal sama ada perkara itu adalah paling sukar untuk ditempuh sehingga kini, Diana hanya mengangguk dan terdiam seketika sebelum akhirnya mengalirkan air mata.

Diana turut mendedahkan, perasaan ‘melepaskan’ sudah lama ada dalam dirinya, namun dia memilih untuk berdamai dengan takdir.

“Saya dah lama give up… dan tak kisah kalau dia tahu atau tidak. Ini bukan semata soal cinta, tapi soal dua insan yang tak lagi ada keserasian walau dah cuba.

“Sekarang saya tenang dan bersyukur. Saya harap dia pun akan temui bahagia. Saya dah nampak hikmah yang datang,” katanya.

Diana turut menzahirkan harapan agar anak-anaknya akan terus kuat dan mampu meneruskan kehidupan mereka walaupun tanpa kedua ibu bapa bersama seperti dahulu.

Sekadar info, Diana dan bekas suaminya, Farid Kamil sah bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023, selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan selebriti itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, selepas Diana memfailkan permohonan cerai pada Mac 2023 atas alasan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Sebelum perceraian dimuktamadkan, mereka pernah beberapa kali hadir ke mahkamah untuk proses sulh (perbincangan damai), namun tidak mencapai kata sepakat.

Perkahwinan mereka berlangsung pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber, kredit video: Syok Podcast

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 24 Jan 2022

Akibat Penggal Kepala Ibu, Suspek Kini Berdepan Hukuman Gantung

Baru-baru ini bapa kepada suspek yang dipercayai memenggal kepala ibunya pada 15 Januari lalu di kediaman mereka yang terletak di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor dikatakan telah memaafkan perbuatan anaknya itu. Namun, harini Mahkamah […]

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

“Saya Taknak Sorok Benda Baik” – Nelydia Senrose

Nelydia Senrose katanya ingin mendirikan rumah tangga bersama jutawan muda, Hafiz. Layari www.xtra.com untuk lebih lanjut….

Hiburan Thu, 18 Oct 2018

Susah Bernafas, Pian Cecupak Dikejarkan Ke HKL

Sama-sama kita doakan agar Pian kembali sembuh seperti sedia kala. Cepat sihat, Insya Allah!

Hiburan Thu, 9 May 2019

‘Doakan Kami’- Giliran Altimet Sertai Misi Kemanusiaan Ke Syria

Jom terus berikan sumbangan, layari Instagram Cinta Syria Malaysia sekarang!

Featured Tue, 23 Aug 2022

Maid Lari Tinggalkan Anak Sendirian, Ezzaty Abdullah Tertekan Sampai Susu Badan Kering

Kalau min dapat maid macam ni sampai lumat min kerjakan 😤🤣

Featured Sun, 5 Jun 2022
Hiburan Mon, 30 Jul 2018

孙燕姿二宝生了! 2.79KG女儿

恭喜孙燕姿生二宝了!孙燕姿25日在新加坡产下 2.79 公斤的女宝宝。

Selebriti Tue, 12 Mar 2024
Hiburan Wed, 4 Dec 2024
error: Content is protected !!