Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 18, 2025 @ 7:29pm

Thalita Didakwa Panggil ‘Woi’, Watie Hanifiah Angap Ramai Salah Faham – “Situasi Itu Berlaku Spontan, Dia Anak Yang Baik”

Pempengaruh dan usahawan Watie Hanifiah atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, memberikan penjelasan susulan penularan video membabitkan anak tirinya, Dzakira Thalita Zahra yang menerima kritikan netizen kerana dikatakan berkelakuan tidak sopan.

Menurut isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu, situasi terbabit berlaku secara tiba-tiba ketika mereka sedang bersiaran langsung di platform TikTok.

Menganggap ia hanya sekadar salah faham, Watie merasakan perkara kecil seperti itu tidak sepatutnya dijadikan isu besar.

“Thalita anak yang baik, sebagai contoh jika adiknya Matin bergurau dan bersikap nakal terhadap saya, dia yang menegur terlebih dahulu.

“Merujuk kepada video tular, situasi itu berlaku secara spontan ketika live di TikTok. Thalita mungkin tidak perasan, dia pun tengah bercakap dengan orang-orang yang menonton.

“Saya hidup dengan dia dan saya kenal dia. Kalau situasi bercakap kasar berlaku di rumah mesti saya akan tegur. Tapi dalam keadaan itu, dia tidak bermaksud mahu berkata begitu,” katanya.

Watie ditemui XTRA pada majlis penyerahan sumbangan anjuran Yayasan Nurjiwa dengan kerjasama Inayah Beauty di Ideas Hotel, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Video yang memaparkan suara Thalita memanggil Watie dengan panggilan “woi” menjadi tular selepas ia dimuat naik ke akaun media sosial milik Watie.

Ia sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang beranggapan cara Thalita bercakap seolah-olah tidak menghormati orang lebih dewasa.

Dalam pada itu, Watie turut mendedahkan dia telah berbincang lebih awal dengan Thalita bagi memastikan anak gadis itu tidak terganggu secara emosi dengan pelbagai kecaman yang diterima.

“Lepas video itu menjadi bualan, saya berterus-terang kepada Thalita. Saya kena beritahu sebelum dia membaca kisah yang tersebar.

“Saya tak mahu dia salah faham. Tak mahu dia terasa sebab saya post video tapi dia kena kecaman,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Thalita ialah anak kedua Shuib hasil perkahwinannya dengan penyanyi tersohor, Allahyarham Siti Sarah.

Shuib dan Watie pula telah mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Apr 2024
Hiburan Thu, 22 Nov 2018

Comelnya Ummi Nazeera Dengan Suami! Siapa Lagi Masih Macam Dorang Ni?

Hanya kerana sakit memakai heels, siap digendong sewaktu keluar dari panggung wayang

Hiburan Wed, 13 May 2026
Trending Thu, 22 Apr 2021

Scha Alyahya Akui Jarang Ada Masa Dengan Awal Ashaari?

Tapi love sangat couple ni! Dia punya stylo tu jangan cakap lah…♥

Featured Wed, 26 Oct 2022
Featured Mon, 9 May 2022
error: Content is protected !!