Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 18, 2025 @ 10:16pm

Pusingan Akhir Pitch Story ke TV3 & Pencarian Pelakon Drama Sangat Lahirkan 2 Bintang Baharu, Angkat 3 Idea Kreatif!

Bersempena ulang tahun ke-41 TV3 dengan tema ‘41 Tahun Penuh Drama’, dua inisiatif istimewa, Pencarian Pelakon Drama Sangat dan Pitch Story Anda ke TV3 diperkenalkan bagi mencungkil bakat baharu dalam lakonan dan penulisan kreatif.

Inisiatif ini bukan sahaja membuka ruang kepada generasi baharu untuk menyerlah, malah membuktikan komitmen TV3 dalam memperkasa industri hiburan tanah air. Kedua-dua program ini mendapat sambutan hebat dan melabuhkan tirainya dengan kejayaan membanggakan.

Sejak sesi ujibakat bermula pada 31 Mei lalu, hampir 300 peserta dari seluruh Malaysia hadir mencuba nasib bagi merebut peluang keemasan ini.

Hasil pencarian yang teliti, dua bakat baharu paling menyerlah, Zairi Aziz dan Ariana Yusof telah dinobatkan sebagai pemenang utama. Mereka bakal menandatangani kontrak eksklusif selama tiga tahun bersama Alternate Records, serta berpeluang membintangi drama terbaharu terbitan TV3.

Pemilihan dibuat oleh barisan juri profesional yang cukup disegani dalam industri hiburan tempatan, iaitu Erma Fatima dan Datuk Hasniza Nordin yang menilai peserta berdasarkan bakat semula jadi, keaslian emosi dan potensi jangka panjang dalam dunia lakonan. Persaingan sengit dengan hampir 300 penyertaan membuktikan betapa tingginya minat terhadap dunia seni tanah air.

Turut melengkapkan inisiatif ini ialah program Pitch Story Anda ke TV3 yang membuka ruang kepada pencipta idea baharu untuk mengetengahkan kreativiti mereka. Tiga idea terbaik telah dipilih sebagai pemenang, masing-masing membawa pulang wang tunai daripada jumlah hadiah keseluruhan sebanyak RM9,000.

Naskhah berjudul Takdir Tak Bernama oleh Nur Yusrina Saliman berjaya meraih gelaran juara dan membawa pulang RM5,000 manakala tempat kedua yang memenangi RM3,000 pula dimenangi oleh karya Block C oleh Nur Adam Syahmi Samril dan tempat ketiga yang memenangi RM1,000 diraih karya Denda(m) oleh Muhammad Zahin Adlan Zailani & Ahmad Adam Mohamad Adan.

Kemunculan dua bintang baharu serta tiga idea segar ini diyakini bakal menyuntik nafas baharu dalam landskap hiburan tempatan. Nantikan kehadiran mereka di kaca televisyen anda, hanya di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Aug 2025
Hiburan Sat, 28 Apr 2018

Sajat Takut Jumpa Wartawan?

Nampaknya majlis pelancaran Nur Sajat Rated Xtra ni turut mendapat perhatian para media. Mungkin inilah sebabnya Sajat takut kerana, beliau bakal ‘diserang’ dengan soalan-soalan panas oleh wartawan tempatan kita

Trending Sun, 4 Oct 2020
Hiburan Wed, 8 Apr 2026

“Kenapa Perlu Bersangka Buruk? Tak Takut Dengan Fitnah?” – Sherry Ibrahim

Sherry turut menegaskan hantaran tersebut tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang disebut netizen

Hiburan Mon, 3 Nov 2025
Trending Wed, 4 Jul 2018

Larangan Perbincangan Kes Najib Di Media

Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi membenarkan perintah larangan sementara bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

error: Content is protected !!