Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 22, 2025 @ 6:42pm

Penyanyi Nasyid Popular Didakwa Curang Sejak Tahun Lalu, Isteri Reda Bermadu?

Isu seorang penyanyi nasyid terkenal yang dikaitkan dengan dakwaan berlaku curang terhadap isterinya kembali hangat apabila muncul individu tidak dikenali yang tampil mendedahkan identiti sebenar figura terbabit.

Memetik laporan portal Gempak, individu itu mendakwa penyanyi lelaki berkenaan merupakan anggota kumpulan nasyid popular tanah air dan terlibat dalam hubungan sulit dengan seorang wanita muda berusia 26 tahun yang juga anak kepada seorang ahli politik.

Difahamkan, hubungan terlarang itu sudah pun terjalin sejak tahun lalu, ketika rumah tangga penyanyi terbabit dikatakan berada di ambang keretakan.

“Info ini saya dapat dari kenalan rapat perempuan yang curang dengan artis nasyid itu. Artis nasyid itu adalah dari kumpulan nasyid terkenal.

“Sebelum ni bulan April lalu dah pernah viral isu artis nasyid curang ni tapi tak ada sebarang respon daripada artis tu. Info yang orang tu bagi pada saya, hubungan artis ni dengan perempuan tu terjalin sejak pergolakan rumah tangga artis tu dengan isteri dia sejak akhir tahun lalu.

“Tapi tak ada orang tahu sebab diorang cuba tutup dengan up story yang indah-indah walaupun sebenarnya rumah tangga dah di hujung tanduk. Orang tu juga bagitahu yang perempuan ni adalah anak ahli politik dan umur dia 26 tahun

“Dorang selalu dating dekat mall di area KL. Isteri artis ni pula baru lepas bersalin, tak tau la macam mana dia hadap benda ni,” tulis individu itu.

Lebih menyayat hati, isteri kepada penyanyi itu dilaporkan baru sahaja melahirkan anak, namun tetap terpaksa menelan dugaan apabila mengetahui hubungan sulit suaminya.

Malah, sumber mendakwa si isteri sudah pun mengetahui perkara tersebut dan dikatakan merelakan jika suaminya ingin berkahwin lagi.

Isu penyanyi nasyid curang ini pernah tular sekitar April lalu namun tiada sebarang penjelasan atau maklum balas diberikan daripada pihak lelaki berkenaan hingga kini.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Apr 2023
Featured Fri, 14 Nov 2025

Kongsi Foto Hospital Bahagia… Netizen Spekukasi Zizi Kirana, Malique Ibrahim Jalin Kolaborasi Bersama Yasin Sulaiman?

Perkongsian foto sama antara penyanyi popular, Malique Ibrahim dan Zizi Kirana mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Hiburan Fri, 29 Aug 2025
Trending Fri, 17 Dec 2021

Idris Khan & Intan Najuwa Bakal Hangatkan Drama Bersiri Saat Kau Takluk Cinta Ini Di Slot Samarinda TV3

Menyusuli Cukup Derita Itu, Saat Kau Takluk Cinta Ini akan mengisi slot Samarinda bermula 20 Disember 2021, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari yang […]

Featured Thu, 13 Feb 2025

[VIDEO] “Nanti Rees Nak Pergi Taman Cantik Kan?” – Zaquan Adha Sebak Anak Tanya Keberadaan Adik Bongsu

Zaquan kelihatan melayan ragam anaknya, Muhammad Aisy Al Jibreel yang pada ketika itu memaklumkan adik bongsunya itu sedang berada dekat ‘pasir’.

Cahaya Mata Thu, 8 Dec 2022

Luahan Hati Mawar Rashid Buat Anak, Netizen Sebak Pengorbanan Seorang Ibu

Cahaya mata adalah nafas bagi kedua ibu bapa, begitulah juga untuk pelakon cantik Mawar Rashid yang kini sedang hamil anak ketiga.   View this post on Instagram   A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) […]

error: Content is protected !!