Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 21, 2025 @ 2:43pm

“Kalau Betul Saya Tanggung Dia, Takkan Saya Sebahagia Ini” – Shila Amzah Tepis Dakwaan Sara Ubai MZ

Penyanyi terkenal, Shila Amzah tampil menjawab tuduhan segelintir netizen yang mendakwa dirinya menyara hidup suaminya, Ubai MZ atau nama sebenar Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli.

Menepis spekulasi tak berasas itu, Shila berkata dakwaan tersebut hanyalah sangkaan liar netizen yang langsung tidak mengetahui situasi sebenar rumah tangganya.

“Semua tu tak berasas langsung. Kalau betul saya tanggung dia, takkan saya sebahagia sekarang. Cuba tengok gambar-gambar saya sejak 2023, bandingkan dengan sekarang.

“Saya nampak lebih ceria, lebih bahagia. Biarlah gambar jadi bukti,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Menurut Shila lagi, suaminya bukan sahaja bertanggungjawab, malah sangat melindungi dirinya dan keluarga kecil mereka selain turut dipuji matang meskipun Ubai lapan tahun lebih muda daripadanya.

“Ubai memang sangat ambil berat. Dia tak pernah lepas tangan sebagai suami dan bapa. Kalau boleh, dia tak nak langsung perkara buruk berlaku, sebab anak-anak pun dah makin membesar,” katanya lagi.

Sebelum ini, Ubai menerima kecaman di TikTok apabila ada pengguna mendakwa dia tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada Shila dalam soal kewangan.

Tidak berdiam diri, Ubai tampil membalas dengan memuat naik semula komen-komen tersebut sambil menyelar tindakan pihak yang dianggap menyebarkan fitnah.

Sekadar info, pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada Ogos 2023 dan dikurniakan seorang puteri comel bernama Rhea Akira.

Shila juga mempunyai seorang anak lelaki, Seth Uwais, hasil perkahwinan terdahulunya bersama Haris Edraki.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 24 Dec 2023

Kes Bunuh Zayn Rayyan: Genap 18 Hari, Tapi Pembunuh Masih Belum Ditangkap? Polis Minta Bantuan Interpol

Dah masuk hari ke-18, pembunuh masih bebas? Harap pelaku cepat ditangkap & dihukum seadil-adilnya!

Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Idam Hero Baharu…Siapa Pilihan Farah Nabilah?

Ehem…siapa agaknya hero baru tu nanti eh?

Trending Tue, 3 Jul 2018

Puteri Jepun Ini Sanggup Gadaikan Status Dirajanya Untuk Mengahwini Rakyat Biasa

Demi cinta, dia rela kehilangan darjat dan harta. Anda sanggup?

Hiburan Tue, 15 Oct 2019
Hiburan Tue, 16 Dec 2025

Rahsia Gelap, Cinta Diragut, Hidup Musnah! Elizad Tanggung Derita Dalam ‘Perempuan Tidak Ternikah’

Elizad Sharifuddin sebagai Keisya, seorang wanita yang terpaksa menelan pahit getir kehidupan

Featured Thu, 17 Jul 2025

Lakukan Amang Seksual, Ustaz Selebriti Didedah Nurul Izzah Sudah Didakwa

Pihak polis telah menerima lapan laporan membabitkan individu terbabit.

Trending Sat, 29 Jun 2019

Usah Keliru Dengan Pingat, Ketua SPRM Jawab Isu ‘Bar Ribbon’

Susulan isu bar ribbon yang timbul selepas disuarakan oleh sebuah parti politik baru-baru ini, Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Latheefa Kota tampil memberi penjelasan.

Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Ini Pesan Terakhir Bob Lokman

Sebelum ini, Bob pernah di tahan di UiTM Private Speialist Centre, Sungai Buloh akibat mengalami masalah paru-paru berair dan jantung bengkak pada awal Januari lalu

error: Content is protected !!