Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 22, 2025 @ 1:46pm

“Banyak Momen Hebat Berlaku Sepanjang Proses…” – Duet Bersama Malique, Yonnyboii Anggap Mimpi Jadi Kenyataan

Menandakan satu pencapaian tertinggi dalam perjalanan seninya, komposer dan penyanyi terkenal, Yonnyboii, menganggap kolaborasinay bersama penyanyi rap popular, Malique akhirnya menjadi kenyataan menerusi lagu terbaharu mereka berjudul ‘Tanya Tuhan’.

Lagu ini tidak hanya menjadi satu pencapaian peribadi buat Yonnyboii, tetapi juga merupakan simbol kejayaan besar dari pelbagai sudut.

Menurutnya, peluang bekerjasama dengan Malique adalah ibarat satu kemenangan bermakna yang telah lama dinantikan.

“Saya hanya mampu menyanjung Malique dari jauh selama ini, dan tak pernah terfikir akan berpeluang berkongsi karya dengannya.

“Ia bagaikan mimpi jadi nyata,” ulasnya.

Dalam pada itu, Yonnyboii turut merakamkan penghargaan kepada Pengarah Kanan A&R dan Pengurusan Artis Universal Music Malaysia, Hermond Cheng, yang banyak membantu merealisasikan kolaborasi bersejarah ini.

‘Tanya Tuhan’ merupakan hasil ciptaan Yonnyboii bersama Last Khalif yang juga bertindak sebagai penerbit utama lagu ini.

Lebih istimewa, lirik lagu tersebut ditulis bersama oleh Yonnyboii dan Malique sendiri sekaligus menunjukkan ia satu gabungan idea yang cukup luar biasa dalam industri muzik tempatan.

“Terlalu banyak momen indah sepanjang proses rakaman. Sukar saya ungkapkan satu persatu, tetapi peluang ini terlalu berharga,” katanya.

Beliau menyifatkan projek ini sebagai pengalaman yang sangat peribadi dan emosional kerana ia tercetus ketika dirinya dilanda persoalan dan keraguan terhadap banyak perkara dalam kehidupan termasuklah sebagai individu, pemuzik, dan bapa.

“Saya tidak berada dalam kesusahan, tapi waktu itu saya rasa jauh dari diri sendiri.

“Saya penat, ‘burnout’, dan buntu.  Tidak tahu kepada siapa lagi hendak bertanya atau mengadu,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Mr General Buat ‘Comeback’, Duet Bersama Yonnyboii Dalam ‘Tanya Tuhan’, Netizen Komen: “Kolaborasi Tak Masuk Akal!”

Justeru, Yonnyboii berharap lagu ini mampu menyentuh hati para pendengar dan memberi kekuatan kepada mereka yang sedang melalui detik sukar.

“Saya harap lagu ini dapat dikaitkan dengan kehidupan pendengar, dan mereka rasa didampingi. Lagu ini lahir dari refleksi diri, dan saya yakin ramai pernah berada dalam situasi yang sama,” kongsinya.

Melengkapkan karya ini, Yonnyboii turut berbesar hati dapat bekerjasama dengan pengarah yang dikagumi dan juga rakan seperjuangannya, Thaqif, dalam menghasilkan muzik video rasmi ‘Tanya Tuhan’.

“Idea saya selalu pelik dan sukar diterjemahkan, tapi Thaqif faham sepenuhnya.

“Sudah lama kami tidak bekerjasama, dan saya rasa magis itu kembali. Dia antara pengarah terbaik dalam industri,”ujarnya.

Dengan kolaborasi impian yang kini menjadi kenyataan, ‘Tanya Tuhan’ bukan sahaja menandakan kematangan muzik Yonnyboii, malah menjadi bukti kekuatan seni apabila impian diberi ruang untuk berkembang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 7 Oct 2018
Trending Tue, 22 Feb 2022

Farahdhiya Pilih Rapper Korea Selatan

Penyanyi Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 38, mengambil keputusan untuk tampil dengan sesuatu yang berbeza apabila muncul dengan single terbaru berjudul Tewas. Lagu Tewas yang bergenre Electronic Dance Music (EDM) menggunakan tiga bahasa […]

Featured Fri, 24 Jun 2022

“Bakat Luar Biasa!” – Mubarak Majid Rangkul Gelaran Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Di India

Selalu berlakon watak jahat, orang tua miang dan bapak yg panas baran. Sangat menjadi setiap pembawaan wataknya.

Events Mon, 29 Jan 2018

MARK ADAM TUNJUK TARING DI PENTAS BBB2018

Wan Sharmila bukanlah seorang komedian, namun dia membawakan watak yang cukup baik dan begitu spontaneous. Adakah disebabkan Wan Sharmila, Mark dinobatkan sebagai juara mingguan untuk kali ini? Dan membawa pulang wang berjumlah RM10k? Kalau nak tahu, jangan lupa saksikan BBB 2018 Pada jam 10 malam setiap Ahad, hanya di TV3!

Featured Tue, 15 Apr 2025

Dokumentari Jasa Pak Lah Akan Ditayang Semula

Fahmi Fadzil memaklumkan perkara itu selepas memberi penghormatan terakhir buat mantan Perdana Menteri Ke-5 itu.

error: Content is protected !!