Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 22, 2025 @ 1:41pm

[VIDEO] Anak Kak KM Akui Tak Bahagia, Berhenti Kerja Jadi Pramugari Di Singapura – “Ada Sebab Kenapa Berubah Hati”

Anak kepada usahawan kontroversi, Kak KM iaitu Nabila Razman memaklumkan dirinya telah mengambil keputusan untuk menamatkan latihan sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan antarabangsa berpangkalan di Singapura.

Perkongsian itu dibuat Nabila atau lebih mesra disapa Bella, menerusi satu sesi siaran langsung di aplikasi TikTok baru-baru ini.

Menurut Bella, keputusan untuk berhenti itu bukan dibuat secara terburu-buru, sebaliknya dia percaya ada hikmah di sebalik perubahan hatinya itu.

“Mesti ada sebab kenapa Tuhan ubah hati saya. Tiba-tiba saja rasa nak berhenti. Saya yakin semua ini ada hikmahnya,” katanya.

Walaupun hasrat untuk bergelar pramugari tidak kesampaian, Bella tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk melangkah ke fasa itu yang dianggap sebagai satu pencapaian besar.

“Nak sampai ke tahap itu bukan mudah, lebih-lebih lagi ketika sesi temu duga. Tapi Alhamdulillah, saya hanya cuba sekali dan terus lulus. Dalam ribuan yang mohon, saya antara yang terpilih,” katanya.

Bagaimanapun, Bella turut mengakui dirinya kurang serasi dengan bidang tersebut dan akhirnya memilih untuk mengundurkan diri.

“Saya rasa saya tak boleh, kerja tu bukan untuk saya. Saya pun tak rasa gembira, mama pula sampai menangis di rumah.

“Mungkin dah tertulis, rezeki saya bukan di sana. Kerja di sana pun sebenarnya okey, cuma saya yang rasa tak mampu nak teruskan,” katanya lagi.

@serilarissaa

Bella anak kak km resign cabin crew

♬ bunyi asal – Seri Larissa – Seri Larissa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 Dec 2022

Kongsi Video Kemas Bilik Belajar, Ramai Jadikan Intan Najuwa Sebagai Inspirasi

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di TikTok yang menunjukkan pelakon Intan Najuwa sedang mengemas bilik belajarnya. Menerusi hantaran tersebut, Intan sedang mengemas segala buku-buku belajarnya dalam keadaan tersusun. Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah […]

Featured Wed, 23 Mar 2022

Iqbal Zulkefli Dedah Kisah Sebalik Cincin Permata RM100,000 Dalam MV Ku Ikhlaskan, Rupa-Rupanya…

Fuh.. Rupa-rupanya Iqbal dicabar oleh DSV untuk membuktikan cintanya.. tetapi.. Klik artikel untuk baca berita penuh!

Hiburan Wed, 5 Oct 2022
Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Mak Duta Trivago, Anak Duta PetPet…

Comel Freda ni, geram betul!

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

“Terima Kasih Pada Peminat “- Followers Alif Satar Cecah 2 Juta!

Tahniah sekali lagi Alif Satar, Tak sabar nak Alif dan Sherry dalam AJL33 nanti!

Featured Tue, 8 Jun 2021

“Saya Alami Pendarahan..”- Ummi Nazeera Dedah Kesukaran Melahirkan Anak Kedua

Tahniah buat pelakon Ummi Nazeera dan suami di atas  kelahiran anak kedua mereka pada 2 Jun yang lalu. Namun di sebalik kegembiraan tersebut, terselit keperitan yang terpaksa dialami. Ummi mendedahkan kesukaran yang dialaminya sewaktu melahirkan […]

error: Content is protected !!