Euforia Bola 2026
Drama By: Padin July 22, 2025 @ 4:13pm

Erma Fatima Tak Rancang Nak Sambung Keluarga Itu – “Nanti Nampak Macam ‘Fake’ & Dipaksa”

Pengarah dan penerbit tersohor, Erma Fatima, tidak bercadang untuk menerbitkan kesinambungan bagi drama popular Keluarga Itu.

Menurut Erma, menghasilkan sekuel bagi drama yang sudah mencapai impak besar bukanlah satu perkara mudah.

“Sebagai penulis dan penerbit Keluarga Itu, saya lebih cenderung untuk menghentikan sesebuah karya selepas ia mencapai kemuncak penceritaan.

“Setakat ini saya memang tiada niat nak sambung. Saya memang bukan jenis yang suka paksa diri buat sambungan drama, sebab bila cerita itu dah penuh dengan konflik, susah nak cipta konflik baru yang setanding,” katanya.

Jelas Erma, sekiranya kesinambungan itu dibuat secara tergesa-gesa, ia berisiko merosakkan kekuatan penceritaan asal.

“Bila sambungan dibuat tanpa konflik yang cukup kuat, cerita akan jadi lemah dan kelihatan dibuat-buat. Pada saya, drama pertama sudah cukup dengan pelbagai klimaks, kalau nak sambung, klimaks apa lagi yang nak dibawa? Nanti nampak macam ‘fake’, dipaksa dan tidak jujur,” katanya lagi.

Pemenang dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia itu turut menekankan keputusannya tidak dipengaruhi soal pulangan wang.

“Bagi saya, kalau niat sambung hanya semata-mata untuk kerja dan duit, saya tak akan buat. Kalau musim pertama dah bagus, tapi musim kedua gagal capai standard yang sama, itu hanya membuang masa.

“Kalau nak buat juga, cerita kedua mesti lebih kuat. Kalau rasa tak mampu tandingi, lebih baik berhenti setakat itu,” ujarnya.

Untuk makluman, Keluarga Itu yang bersiaran di slot Lestary TV3 mencetuskan fenomena tersendiri apabila mendapat sambutan luar biasa daripada penonton.

Antara pelakon utama dalam drama tersebut termasuklah Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Izara Aishah, Puteri Balqis dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Aug 2021

Lagu Inteam Berkumandang di Bumi Gaza

Walaupun pandemik Covid-19 sedang melanda Malaysia dan seluruh dunia, itu tidak menghalang kumpulan nasyid Inteam untuk terus menghasilkan single baru berjudul Al-Quds Lana. Apa yang lebih membanggakan, single tersebut yang bermaksud Al-Quds (Baitul Maqdis) milik […]

Hiburan Tue, 3 Dec 2019
Featured Mon, 18 Sep 2023

Didakwa Melakukan Perbuatan Jijik Terhadap Mondy Tattoo, Ebit Lew Buat Laporan Polis

Pendakwah bebas sensasi, Ustaz Ebit Lew akhirnya tampil mempertahankan dirinya selepas pelbagai spekulasi timbul melibatkan isu fitnah melampau yang tular sejak kebelakangan ini. Katanya, tuduhan seperti yang tular sebelum ini langsung tidak berasas sekaligus dia […]

Events Sun, 2 Dec 2018

关菊英要演陈展鹏女友?陈展鹏:等我先练好演技

关菊英和陈展鹏来马开唱!首次合作登上云顶舞台的两人,让关菊英直言希望影视上也有机会合作,且还要演对方女友,让陈展鹏听后回应“等我练好演技先吧!”

Hiburan Wed, 19 Feb 2020
Featured Fri, 24 May 2024

Ditegur Tak Ajar Anak Makan Ikut Adab Orang Islam, Ini Respons Maryam Durian Kimchi

Agaklah pun nak komen macam tu, budak lagi Rina tu. Yang penting dia enjoy with the food yang mak dia sediakan😍😍😍

error: Content is protected !!