Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 18, 2023 @ 12:15pm

Didakwa Melakukan Perbuatan Jijik Terhadap Mondy Tattoo, Ebit Lew Buat Laporan Polis

Pendakwah bebas sensasi, Ustaz Ebit Lew akhirnya tampil mempertahankan dirinya selepas pelbagai spekulasi timbul melibatkan isu fitnah melampau yang tular sejak kebelakangan ini.

Katanya, tuduhan seperti yang tular sebelum ini langsung tidak berasas sekaligus dia mengambil keputusan untuk membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

 “Baru sampai dari Jeddah 12 malam tadi terus ke Balai Polis buat report mengenai fitnah-fitnah melampau yang langsung tidak berasas ke atas saya,” katanya.

Ambil tindakan undang-undang

Tambahnya, dia juga akan menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis dan pihak peguamnya untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan selanjutnya.

“Saya serahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan. Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.

Perkara itu dimaklumkan Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

 

Terdahulu, wanita yang pernah dibantu oleh Ebit iaitu Mondy Tattoo tampil mendedahkan menerusi siri podcast yang dikendalikan oleh penyanyi rap, Caprice bahawa pendakwah itu pernah melakukan perbuatan ‘jijik’ terhadapnya termasuklah memegang tangan dan pipinya.

ARTIKEL BERKAITAN:Minta ‘Acah’ Solat Demi Content? Mondy Tattoo Timbulkan Dakwaan Mengenai Ebit Lew – “Dia Usap Tangan Saya Sebelum…”

ARTIKEL BERKAITAN:Minta Tak Sibuk Urusannya, Wanita Bertatu Dibantu Ebit Lew Kembali Buka Tudung?

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata pengikut Ebit berharap agar isu panas ini dapat diselesaikan dengan segera sekaligus mendoakan agar individu yang bersalah mendapat balasan yang setimpal kelak.

“Akhir zaman ni, yang betul dianggap salah, yang salah dianggap betul.

“Mari kita lihat siapa yang benar dans alah. Inshaa-Allah yang salah pasti akan mendapat balasan.

“Ramai manusia menuduh tidak menggunakan akal tetapi menggunakan emosi.

“Semoga Allah pelihara dan permudahkan kedua pihak dan kes dapat diselesaikan dengan segera,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 6 Apr 2019

Sophia Fredskild Jatuh Cinta?

Sophia akhirnya menemui jejaka pilihan untuk selamanya…

Featured Fri, 9 Aug 2024
Trending Mon, 7 Dec 2020
Cahaya Mata Sat, 31 Dec 2022

Sewa Kereta Mewah Untuk Sehari, Madammu Mengidam Naik Ferrari

Usawahan terkenal, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu yang kini sedang hamil mengidam untuk menaiki kereta mewah jenama Ferrari. @eriyca.baiduri Sanggup TP Sewa Ferraro sehari semata mata Madammu mengidam! Mengada! #noirsyukur2022 ♬ original sound […]

Featured Sun, 28 Apr 2024

“Biawak Hidup! Daripada Kahwin Sampai Cerai, Satu Haram Pun Tak Bagi” – Luah Rasa Berang, Ubai MZ Tujukan Kepada Siapa Tu?

Ubai MZ kurang senang dengan tindakan bekas suami kepada Shila Amzah iaitu, Haris Edraki Elias.

Kisah Viral Sun, 9 Jul 2023
error: Content is protected !!