Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 23, 2025 @ 2:23pm

“Maksiat, Dosa Bukan Lagi Untuk Disembunyikan” – Penangan K-Drama ‘S-Line’, Ustazah Asma Harun Tegur Generasi Muda Sengaja ‘Londehkan’ Maruah Diri

Pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun terkilan apabila masyarakat Malaysia sudah mula terikut-ikut dengan trend yang diambil dari siri drama popular Korea Selatan iaitu, S-Line.

Kata Asma, anak-anak muslim kian terbuka membuka aib sendiri kepada khalayak.

Lebih menyedihkan, ramai yang meniru dan menyebar aib tanpa rasa bersalah  seolah-olah ia adalah hiburan biasa.

“Menggigil baca, anak-anak muslim kita dengan segaja menjatuhkan maruah dan melondehkan aib sendiri di hadapan ribuan mata.

“Bahkan, lebih sedih, ramai yang menyebar dan meniru tanpa rasa bersalah, seolah-olah ia hanyalah hiburan biasa.

“Dahsyatnya fitnah akhir zaman! Maksiat dan dosa bukan lagi disembunyikan, bahkan ditayang, disebar dan dibanggakan dengan alasan ikut trend,” katanya.

Dalam hantaran sama yang dimuat naik di Instagram, Asma menegaskan, tindakan menormalisasikan maksiat adalah haram dan dilarang dalam agama Islam.

Malah, tindakan tersebut juga mengundang murka Allah SWT.

Jelasnya, meskipun trend S-Line ini kelihatan seperti gurauan ringan namun ia membawa kerosakan besar terhadap akhlak dan maruah masyarakat.

“Perbuatan membuka aib, berbangga dengan dosa dan menormalisasikan maksiat adalah haram serta dilaranag keras dalam Islam, bahkan mengundang murka dan bala Allah. Na‘uzubillahi min dzalik.

“Inilah yang sedang berlaku. Maksiat dihias, dosa dikaburkan dari hati, lalu disebarkan tanpa rasa bersalah. Apa yang patut disesali dalam doa dan taubat, kini dijadikan bahan hiburan di skrin,” jelasnya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 29 Aug 2022

“Kalau Jumpa Saya Waktu Siang, Nampak Elok Kerana…” – Ustaz Kazim Bakal Berubat Di Arab

Sampai ke Arab ye cari penawar! Apa-apapun semoga Ustaz kembali sihat!

Hiburan Fri, 4 May 2018

陈薇薇以身犯险《小心有诈》上演「无间道」

近年来,诈骗案件在全国层出不穷,手段五花八门,令人民防不胜防。本地首创论“骗”节目《小心有诈》由陈薇薇主持,提高公众对各类骗局的意识和警惕。

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

Professional Wrestler and Actor John Cena Confirmed to be an ARMY!

John Cena has just confirmed that he is a big fan of BTS!

Hiburan Tue, 9 Jul 2019

‘Kenapa Malu Dik’- Aishah Dedah Muka Pemfitnah

Cukup ke sekadar minta maaf direct sedangkan you dah jatuhkan maruah?

Featured Fri, 29 Apr 2022
error: Content is protected !!