Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 24, 2025 @ 7:00am

“Bukan Niat Nak Elak, Tapi…” – Rumah Tangga Didakwa Kembali Bergolak, Ini Respons Kaka Azraff

Spekulasi mengenai status rumah tangga penyanyi Kaka Azraff, 36, kembali menjadi sorotan apabila timbul desas desus dirinya sedang berdepan krisis bersama suaminya, Adam Azriff.

Namun begitu, pelantun lagu Gila ini enggan memberikan sebarang komen lanjut kerana belum ada kepastian mengenai situasi yang dihadapinya.

Menurut pemilik nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff ini, dia mengharapkan doa semua pihak agar segala urusan keluarga mereka dipermudahkan.

“Sejujurnya, bukan niat saya untuk mengelak, saya pun menghormati rakan media dan netizen yang ingin tahu tentang hal rumah tangga saya.

“Namun begitu, sekarang ini untuk saya beri kenyataan, benda pun tidak ada yang nyata lagi jadi saya tak mahu bercakap lebih lanjut.

“Apa yang saya boleh katakan sekarang, saya mohon doa daripada semua. Doakan yang terbaik untuk saya, anak-anak dan Adam (suami),” katanya.

Kaka berkongsi hal tersebut kepada XTRA ketika ditemui pada majlis pelancaran Galeri Rockqueen yang berlangsung di Denai Alam, malam tadi.

Tambah penyanyi lagu Infiniti Cinta itu, dia bersedia untuk berkongsi kepada umum apabila sudah ada pengesahan tentang status perkahwinannya.

Kaka turut menegaskan dia tidak cuba mengelak daripada menjawab persoalan yang timbul berkaitan rumah tangganya, sebaliknya memilih untuk menjaga perasaan banyak pihak.

“Hal ini melibatkan ramai orang. Sebelum ini ada orang kata sampai bila saya nak lari. Saya tidak melarikan diri, cuma sedang menjaga banyak hati.

“Saya rasa kalau saya buka cerita ini (kisah keluarga) boleh mendatangkan fitnah. Jadi saya harap menghormati keputusan saya untuk tidak lagi berkongsi apa-apa.

“Alhamdulillah, saya bahagia disamping anak-anak dan keluarga. Sekiranya ada pengesahan tentang status saya selepas ini, mungkin saya akan kongsikan untuk elak fitnah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kaka memaklumkan perasaannya kini banyak dicurahkan dalam bentuk lagu yang akan dimuatkan dalam album baharunya yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.

“Selepas ini anda mungkin boleh selami hati saya menerusi lagu-lagu dalam album terbaharu nanti.

“Buat masa ini saya sudah merakamkan enam buah lagu dan kesemuanya adalah luahan hati dan apa yang saya lalui.

“Kebanyakan lagu ditulis oleh saya sendiri dan ceritanya adalah sangat dekat dengan diri saya,” katanya.

Sebagai rekod, Kaka dan Adam telah mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aslan, 6, Aryan, 4 dan Atta Adam yang kini berusia setahun.

Pasangan ini difahamkan telah sah bercerai dengan lafaz talak satu secara rasmi di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Oktober tahun lalu, namun pada Januari lalu, mereka dilaporkan telah kembali rujuk sebagai suami isteri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Fri, 15 Sep 2023
Filem Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Wed, 13 Aug 2025

Festival HardTech & Trance Bertaraf Dunia Julung Kali Diadakan Di Malaysia Bersempena PETRONAS Grand Prix 2025

Ia berlangsung pada 18 dan 19 Oktober 2025 di Helipad, PETRONAS Sepang International Circuit.

Featured Tue, 2 Feb 2021
Trending Tue, 5 Nov 2019

5 November Hari Kesedaran Tsunami Sedunia

Memperingati Mangsa-Mangsa Bencana

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

王力宏316确定唱进大马!1月19正式发售

王力宏全新《龙的传人 2060》世界巡回马来西亚站演唱会,1 月 19 日,上午 11 时起正式全国公开发售。

Trending Mon, 4 Feb 2019

Elfira Loy, doa kemenangan buat bekas tunangnya, Sufian Suhaimi, dari Makkah. 

Sufian menang Persembahan Terbaik di AJL 33 semalam

Hiburan Sat, 16 Nov 2024
error: Content is protected !!