Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 24, 2025 @ 2:39pm

“Tak Berkat Rezeki Guna Video Itu, Saya Tak Izinkan” – Uyaina Arshad Tegur Peniaga Affiliate

“Kepada sesiapa yang guna video saya, silalah padam,”

Demikian kenyataan pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang menggesa segelintir pihak tidak bertanggungjawab untuk menurunkan atau memadam kandungan media sosial yang menggunakan video miliknya.

Menerusi platform X, Uyaina sepertinya sudah hilang sabar apabila keadaan semakin tidak terkawal selepas ramai ejen affiliate menggunakan video dirinya bersama menggunakan ‘walking pad’ disalah guna untuk tujuan promosi.

“Yang jadi affiliate tolong jangan guna video saya untuk promosi bisnes atau barang yang anda jual. Ada sebab kenapa saya tak pernah dedahkan brand walking pad yang saya guna.

“Apa yang anda fikir boleh menggunakan video saya untuk tujuan promosi di platform anda? Macam mana nak dapat keberkatan cari rezeki tapi guna ‘content’ orang lain?,” soalnya.

Dalam masa sama, Uyaina turut menegaskan dia tidak megizinkan perkara tersebut terus berlaturan.

Isteri kepada pempengaruh dan penyanyi, Raja Syahiran itu sekali gus menjelaskan tujuannya berkongsi video dirinya bersenam adalah untuk menyuntik semangat buat para ibu diluar sana yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan.

“Ini tak betul dan saya tak izinkan. Saya muat naik video saya berjalan #SudahJalanKaBelum untuk jadi pembakar semangat pada ibu-ibu yang bergelut untuk turunkan berat badan selepas bersalin. Jangan la sewenang-wenangnya guna video saya sesuka hati.. tak berkat,” akhirnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Berlakon Bersama? Amar Baharin Letak Syarat!

Sukar sebenarnya untuk menjayakan watak sebagai suami isteri.

Trending Sat, 10 Nov 2018

Bekas Suami Liat Bayar Nafkah Anak? Baca Ini!

Ramai di kalangan wanita yang tidak diberi keadilan sepenuhnya terutama dari sudut nafkah yang telah diputuskan oleh mahkamah syariah.

Hiburan Thu, 23 Apr 2026

Tampilkan Khadijah Ibrahim, Salamiah Hassan, Asmidar & Shiha Zikir, MPO Angkat Legasi Sharifah Aini Menerusi Konsert Istimewa Di DFP

Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) bakal mempersembahkan konsert penghormatan khas berjudul A Tribute to Sharifah Aini bagi meraikan legasi Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini pada 6 Jun 2026.

Hiburan Mon, 26 Aug 2019

Siapa Yang Cemburu Dan Ugut Elizabeth Tan?

Ada orang cemburu dan mahu menyimbah asid ke muka Elizabeth Tan.

Hiburan Thu, 28 Mar 2019
Trending Thu, 16 Jul 2020

Malaysia Sedia Jadi Lokasi Pembotolan Vaksin Covid-19

Semoga Malaysia berjaya tampil sebagai negara pengeluar vaksin!

Hiburan Fri, 6 Mar 2020

Selepas Setahun Tangguh, Kisah Cinta Akim Dan Stacy Diabadikan Menerusi Single Duet “Aku Kau Dan Muzik”

Walaupun berbeza aliran dan fahaman muzik, siapa sangka pasangan cantik Stacy dan Akim berjaya menempatkan diri bukan sahaja sebagai pasangan duet serasi sekali gus mencipta magis tersendiri! Terbaharu, single duet mereka, Aku Kau Dan Muzik Lagu […]

error: Content is protected !!