Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 24, 2025 @ 4:37pm

Blood Brothers Gegar Pentas AMT2025, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle & Zamarul Hisham Calon Top 10 Selebriti Maskulin Terhangat

Filem aksi popular, Blood Brothers bukan sahaja berjaya menggegarkan pawagam filem tempatan malah,  bakal menghangatakan pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) yang akan berlangsung pada  3 Ogos depan.

Menampilkan tiga teraju utamanya iaitu, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle dan Zamarul Hisham, barisan pelakon hebat ini antara yang tersenarai dalam Top 10 kategori Selebriti Maskulin Terhangat.

Menerusi filem Blood Brothers,  Sharnaaz Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mamu, terus membuktikan keunggulan dengan karisma lakonannya yang tegas dan berprinsip.

Wataknya yang penuh emosi dan berlapis menjadikannya antara pelakon lelaki paling dihormati.

Manakala,  Syafiq Kyle pula tampil dengan gaya lakonan versatile dan ekspresi mendalam sekaligus mengukuhkan semula posisinya sebagai pelakon lelaki dambaan ramai.

Selain menyerlah dalam Blood Brothers sebagai DSP Adlin, Zamarul Hisham, turut meninggalkan impak besar menerusi drama Langit ke Tujuh sebagai Ayah Abdul.

Kombinasi aura veteran dan bakat luar biasa menjadikan Zamarul antara pesaing paling digeruni.

Justeru, pertembungan tiga nama besar ini dijangka mampu menghangatkan malam AMT2025 , apatah lagi mereka bakal bersaing bersama barisan selebriti lelaki popular lain seperti Fattah Amin, Remy Ishak, Datuk Adi Putra, Datuk Rosyam Noor dan Faizal Hussein.

Jadi, siapakah yang akan bergelar Selebriti Maskulin Terhangat AMT2025? Undian anda penentu segalanya.

Jangan lupa saksikan malam kemuncak AMT2025 yang bakal berlangsung pada 3 Ogos 2025, hanya di TV3.

Untuk mengundi, peminat hanya perlu melayari laman rasmi di www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat atau muat turun aplikasi Tonton di telefon pintar.

Daftar akaun Tonton anda dan langgan pelan TontonUP untuk membuka akses undian, langganan selama 1 bulan akan memberikan anda 500 undian, manakala langganan selama 3 bulan pula melayakkan anda menerima sehingga 2,500 undian, semudah itu sahaja!

Untuk info lanjut tentang barisan selebriti yang akan turut serta, aktiviti lokasi dan kejutan yang menanti, orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini di media sosial rasmi @TV3Malaysia dan @MelodiTV3. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Hiburan Fri, 20 Feb 2026

“Perasaan Paling Indah” – Eyka Farhana Syukur Rasa ‘Baby Kicks’ Semakin Kuat

Eyka Farhana meluahkan rasa syukur dan teruja apabila tendangan bayi dalam kandungannya semakin kuat

Hiburan Sat, 2 Nov 2024

Isu Dihalau Pihak Berkuasa Pada Malam Perayaan Patah Hati Di Kemaman, Awa Zainal Mohon Maaf

“Saya berjanji untuk lebih berhati-hati” – Awa Zainal

TECH Tue, 16 Jan 2018

WILL YOU BUY THESE DIGITAL CARTOON CATS – CRYPTOKITTIES?

A product that is meant to attract tech geeks and noobs alike! MEOWWW!

Trending Wed, 18 Dec 2024

Kini Berkhidmat Sebagai Pensyarah, PU Amin Zahirkan Kepentingan Lahirkan Tenaga Pakar Agama Khususnya Haji & Umrah

PU Amin menegaskan kepentingan melahirkan tenaga pakar dalam bidang berkaitan agama, khususnya Haji dan Umrah.

Featured Fri, 5 May 2023
Hiburan Sat, 4 Jan 2020
Hiburan Sun, 12 Aug 2018

Auntie Penny终回马开唱!泪洒舞台「没胆量再办大型演出」

出道18年的「金曲歌后」戴佩妮,终于圆了在山下开唱的心愿,把《贼亚洲巡回演唱会》最终站献给家乡马来西亚。真性情的她,演唱会上二度哽咽并说“这场后就金盆洗手,没胆量再办大型演出。”

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

Kesetiaan Didie Alias Di Sisi Amyza Aznan Saat Kehilangan Permata Hati Buat Ramai Sebak – “Sahabat Satu Dalam Sejuta”

Menerusi Threads, ramai memuji kesetiaan Didie yang tidak pernah berenggang dari sisi Amyza

error: Content is protected !!