Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 28, 2025 @ 10:35am

Penuh Aura! Selepas 7 Tahun, Sheila On 7 Kembali Hangatkan Pentas Latihan Pestapora Malaysia

Walaupun pertama kali dianjurkan di Malaysia serta menerima pelbagai kritikan daripada netizen di media sosial, Latihan Pestapora 2025 tetap mencipta sejarah tersendiri sebagai platform kolaborasi dua hala antara artis Malaysia dan Indonesia.

Disambut dengan cukup meriah dan dibanjiri dengan pelbagai generasi, festival ini mencerminkan kepelbagaian genre muzik serantau yang kini semakin mendapat tempat di peringkat global.

Malah, kehadiran band terkenal Indonesia iaitu Sheila On 7 adalah yang paling dinanti-nantikan peminat setelah tujuh tahun tidak beraksi di Malaysia.

Mempersembahkan rangkaian lagu ikonik mereka dalam durasi 90 minit, Sheila on 7 tampil dengan susunan lagu hit mereka seperti,  Dan, Melompat Lebih Tinggi, Sephia, Kita, Lapang Dada, Bila Kau Tak Disampingku, Betapa, Sahabat Sejati, Saat Aku Lanjut Usia, Seberapa Pantas, Memori Baik, Film Favorit dan Kisah Klasik Untuk Masa Depan.

 

Tidak ketinggalan dendangan lagu, Berhenti Berharap yang dialunkan Duta turut menerima respons padu apabila satu stadium menyanyikan bait korus lagu berkenaan.

Menurut vokalisnya, Duta Modjo, 45, mereka sangat teruja kembali ke Malaysia dan berharap semua peminat yang hadir ke Latihan Pestapora Malaysia 2025 ini gembira.

“Terima kasih sudah meluangkan weekend ini bersama Latihan Pestapora. Sudah lama sekali SO7 tidak ke sini (Malaysia).

“Kali terakhir kami membuat persembahan pada 2018 tetapi Alhamdulillah malam ini (Sabtu) kami ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan teman-teman (peminat) semua.

“Malaysia selalu memberikan memori yang baik untuk SO7. Terima kasih kerana hadir dan percaya anda boleh terhibur di Bukit Jalil malam ini,” katanya.

Selain Sheila On 7, antara momen paling menyerlah adalah ketika Kumpulan Bunkface menyanyikan barisan lagu popular mereka seperti, Malam Ini Kita Punya, Revolusi, Darah Muda, Rentak Laguku, Situasi dan lagu yang didedikasikan untuk Palestin berjudul, Kita Perang Kita Menang.

 

Sebagai penutup tirai konsert, kolaborasi antara Feel Koplo, Ari Lesmana dan Sintya Marisca yang tampil dengan gabungan lagu-lagu remix popular seperti ‘We Found Love’, ‘Stecu Stecu’, Mangu dan Zona Nyaman ternyata meninggalkan memori baik buat seluruh rakyat Malaysia yang  hadir.

Sekadar info, selain Sheila On 7, Bunkface, Feel Koplo dan Aris Lesmana, antaran barisan artis yang hadir memeriahkan Latihan Pestapora Malaysia 2025 adalah, Kunto Aji, Hindia, Feast, Dolla, Naki, Nadin Amizah, Bittersweet, Barasuara X Efek Rumah Kaca dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Jun 2019

Asam Laksa Dikritik Netizen, Ini Jawapan Slumber Eina Azman!

Tidak berdiam diri, Eina membalas beberapa komen netizen terbabit.

Featured Fri, 2 Dec 2022
Hiburan Wed, 14 Sep 2022
Featured Wed, 10 May 2023
Trending Mon, 20 Nov 2017

Tikam, Kelar Dan Rentap Rahim Sahabat Baik Sedang Hamil 8 Bulan

Tergamak tikam. kelar dan rentap rahim kawan yang sedang mengandung 8 bulan , apa dah nak jadi ni

Trending Wed, 6 Nov 2019

Wanita Nyaris Maut Didakwa Dicakar Kucing

Wanita Ini Nyaris Maut Sehingga Terpaksa Hadapi 8 Kali Pembedahan

Hiburan Tue, 11 Apr 2023
Trending Tue, 17 Aug 2021

Berbesar Hati Dapat Berkhidmat Untuk Negara, Azmin Ali Mohon Maaf Jika Terdapat Sebarang Kekurangan

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali berbesar hati dapat berkhidmat untuk negara tercinta. Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkongsi perkara terbabit menerusi ruangan Instagram Story miliknya selepas tugasnya sebagai menteri berakhir semalam. […]

error: Content is protected !!