Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 28, 2025 @ 4:08pm

Cium Dahi, Pipi, Hujung Bibir.. Hantar Sticker Gigit B*ntot! Penyanyi Dangdut Didakwa S*ksual ‘Grooming’ Aktor Kanak-Kanak? Ibu Mangsa Spill WhatsApp Tak Senonoh

Seorang penyanyi dangdut dan irama tradisional didakwa telah melakukan perbuatan ‘sexual grooming’ terhadap seorang pelakon kanak-kanak lelaki.

Dakwaan tersebut mula tercetus selepas penyanyi rap, Caprice memuat naik beberapa tangkap layar perbualan di Instagram (IG) bersama ibu mangsa yang mendedahkan perkara tersebut.

Perkongsian tersebut juga turut mendedahkan mesej perbualan di WhatsApp antara penyanyi bersama kanak-kanak lelaki itu.

Difahamkan, hubungan antara kanak-kanak lelaki itu bersama penyanyi itu bermula selepas dia menerima tawaran untuk berlakon teater daripada pelaku dan isterinya.

Namun, mereka menjadi semakin akrab selepas penyanyi itu menjadikan pelakon kanak-kanak itu sebagai anak angkat, memandangkan isterinya keguguran dan tidak mempunyai anak lelaki.

Ibu mangsa meluahkan rasa bimbang terhadap perwatakan aktor kanak-kanak itu yang dipercayai telah berubah dan didakwa semakin tidak menghormati ibu bapanya.

Melihat keakraban mereka, ibu mangsa terdetik untuk memeriksa telefon anaknya lantas terkejut melihat perbualan anak lelakinya bersama peyanyi itu yang digambarkan seperti ‘pasangan kekasih’.

Lebih membimbangkan, timbul dakwaan penyanyi dangdut itu juga telah ‘mencium’ kanak-kanak itu di bahagian dahi, pipi, kepala, mata dan hujung bibir.

Bukan itu sahaja, penyanyi itu turut berbual mengenai topik sunat dan ia dianggap tidak senonoh untuk diborakkan bersama kanak-kanak serta menghantar ‘sticker’ WhatsApp lelaki menggigit punggung lelaki lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Setakat ini, masih tiada sebarang respons atau penjelasan daripada pihak penyanyi itu sendiri berhubung dakwaan tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Dec 2019
Events Tue, 27 Feb 2018

Anda Rasa Diri Cool? Ini Mungkin 5 Rancangan Hot Wajib Tonton Anda

Wow! tonton bukan sahaja mengumpulkan pelbagai koleksi drama local malah, turut mengumpulkan pelbagai drama antarabangsa seperti Korea (annyeonghaseyo!), Thailand (Sawadekap), China dan juga India. Bukan itu sahaja, rancangan-rancangan ini boleh di tonton menerusi siaran HD! Mesti korang cair tengok muka pelakon favourite Korea korang kan? 

Drama Thu, 21 Mar 2024
Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Bukan Lagi Anak Menteri, Dafi Lega Perubahan Bapanya?

Jujur saya katakan, pada awal selepas hal itu berlaku (peralihan Kerajaan), sana dan adik beradik juga tertanya, apa yang akan terjadi seterusnya.

Featured Tue, 30 Sep 2025

Zizi Kirana Mohon Misi Kemanusiaan Berjaya, Impi Duduk Lama Depan Kaabah

Zizi juga berazam untuk ke Tanah suci Makkah & Madinah.

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
error: Content is protected !!