Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 31, 2025 @ 7:32pm

[VIDEO] Buat Kejutan di PC Single ‘Break’, Air Mata Melly Goeslaw Tumpah Dengar Misha Omar Nyanyi ‘Pulangkan’

Penyanyi tersohor, Misha Omar, tidak menyangka akan menerima kejutan istimewa apabila komposer tersohor dari Indonesia, Melly Goeslaw hadir secara mengejut ke majlis pelancaran single terbarunya, Break.

Momen penuh emosi itu ternyata menjadi kenangan manis buat Misha atau nama lengkapnya, Samihah @ Aisah Omar, 43, yang menganggap kehadiran ratu runut bunyi Nusantara itu sebagai satu penghormatan besar buat dirinya.

“Saya betul-betul terharu bila tahu suara saya didengari dan dihargai oleh figura sehebat Melly Goeslaw dari seberang. Ia benar-benar satu penghargaan buat saya.

“Mula-mula saya ternampak kelibat seseorang yang seakan-akan Melly, tapi saya cuba kekal fokus menyanyi sebab guru vokal saya, Datuk Syafinaz, pun ada di hadapan.

“Tak lama lepas tu, saya dengar dia menyanyi bersama dan waktu tu saya rasa sangat gembira,” katabya tersenyum mengimbas detik berkenaan.

Dalam masa sama, pelantun lagu Sampai Bila dan Bunga-Bunga Cinta itu turut berkongsi rasa terharu apabila mengetahui Melly menganggapnya sebagai seorang idola sejak sekian lama.

Pertemuan dua bintang besar itu menyaksikan Melly kelihatan cukup emosional, malah kelihatan sebak ketika pertama kali bertentang mata dengan penyanyi bersuara gemersik itu.

“Saya peminat tegar filem seram dan sangat suka Pontianak Harum Sundal Malam 1 dan 2. Lagu runut bunyi filem itu yang dinyanyikan Misha betul-betul menyentuh jiwa saya.

“Tak ramai penyanyi yang mampu menghidupkan lagu sehingga memberi impak besar kepada sesebuah babak dan emosi penonton. Masa saya dengar Misha menyanyikan Pulangkan sebentar tadi, saya menangis,” luahnya.

@xtra_my

Penyanyi bersuara lunak, Misha Omar menerima kejutan kehadiran komposer lagu Break, Melly Goeslaw sebentar tadi. #Break #mishaomar #xtramy #xtratonton

♬ original sound – XTRA – XTRA

Mengulas lanjut mengenai tercetusnya kolaborasi menerusi lagu Break, Melly mendedahkan semuanya bermula dengan satu mesej ringkas di media sosial selepas konsertnya di Kuala Lumpur.

“Selesai konsert saya di KL, saya hantar mesej ucap terima kasih kepada Misha kerana sudi hadir. Kemudian, dia minta lagu daripada saya, dan kebetulan saya memang ada niat nak beri lagu kepadanya.

“Saya beri dua lagu, tapi projek ini tidak terus dirakam, sampai saya sangka mungkin tak jadi. Tapi tiba-tiba, saya dapat mesej daripada Toh Pati, penggubah lagu Break, yang berkongsi gambar bersama Misha di studio. Ketika itu saya tahu projek ini akhirnya menjadi kenyataan,” ujarnya.

Melly juga tidak menolak kemungkinan untuk kembali bekerjasama dengan Misha dalam projek duet atau lagu tema filem dan drama di masa akan datang.

Sekadar info, Break merupakan lagu tema bagi drama bersiri Mandul Bukan Pilihan yang kini ditayangkan menerusi platform Astro, dan sudah boleh distrim di semua platform digital sejak bulan lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 29 May 2021

Filem & Drama Hebat Primeworks Studios Ditayangkan Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar

Bagi menzahirkan sokongan terhadap komuniti filem tempatan, Disney+ Hotstar memeterai satu siri perjanjian beberapa tahun dengan pengedar dan aggregator kandungan premium di Malaysia, Primeworks Studios. Bermula 1 Jun ini, penonton di Malaysia boleh mengakses lebih […]

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

“嫲嫲”李香琴淡近照曝光 行动不便定期做治疗

现年85岁的李香琴在2010年拍摄《公主驾到》期间意外晕倒后,就开始淡出娱乐圈,有传患上脑退化及高血压,多次在家中跌倒,导致行动不便,至今已有6年的时间,直到近期港媒公开了她的近况,让剧迷直呼想再看嫲嫲演戏。

Trending Tue, 22 Dec 2020
Featured Fri, 8 Sep 2023

Bagi Mini Love, Mimi Lana Luah Rasa Bangga Pada Syafiq Kyle

Wahh support cinta hati! ❤️‍🔥❤️‍🔥

Events Wed, 9 Oct 2019

Kenapa Akim Ahmad Sakit Hati Ni?

Wow! Netizen pun, nak tuduh tu biar lah berlapik okay

Sponsored Fri, 16 Aug 2024

Siri HONOR 200, Telefon Pintar Dengan Ciri Magic AI Terbaharu

Sekarang ni tengah kecoh tentang telefon pintar flagship kelas pertengahan fotografi potret premium. Telefon pintar yang mana lagi, mestilah Siri HONOR 200! Lebih mengujakan, Siri HONOR 200 ini juga telah menerima kemaskini Magic AI terbaharu […]

Hiburan Fri, 6 Dec 2019
error: Content is protected !!