Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 5, 2025 @ 12:02pm

“Saya Diugut, Dicaci, & Dibaling Batu Waktu Rehat” – Farahdhiya Dedah Kisah Hitam Dibuli

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya, mendedahkan pengalaman perit dibuli ketika zaman persekolahannya sehingga pernah menerima ugutan dan menjadi mangsa kekasaran fizikal oleh pelajar perempuan.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Farahdhiya berkata kejadian berlaku ketika dia baru berpindah sekolah dan memasuki tingkatan satu.

“Saya masih ingat, masa sekolah dulu ada beberapa kumpulan pelajar perempuan yang selalu buli saya. Ada satu kumpulan pula konon-konon macam Spice Girls. Saya budak baru ketika itu, masuk pertengahan tingkatan satu,” luahnya.

Menurut pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu, dia bukan sahaja dicaci dengan pelbagai gelaran, malah turut dilempar batu, diconteng nama dengan kata-kata kesat di makmal dan tandas, selain menerima surat ugutan.

“Diorang tulis ‘Farahdhiya menggelabah, Farahdhiya bab*, poyo, gedik’… Bila waktu rehat saya dibaling batu. Tapi saya diam, sebab saya budak baru. Kes buli itu berlarutan hampir setahun, saya tak pernah melawan,” katanya.

Namun, segalanya berubah apabila memasuki tingkatan dua, Farahdhiya tekad untuk tidak lagi menjadi mangsa dan akhirnya bertindak mempertahankan diri selepas diserang secara fizikal.

Kejadian itu menyebabkan rakan-rakan yang pernah membulinya mula berubah dan ada yang tampil meminta maaf. Malah, ada yang sanggup meminta bantuannya untuk ‘mengajar’ orang lain pula.

“Satu hari salah seorang daripada mereka sentuh saya, dan secara automatik saya balas dengan sepakan. Seorang tergolek, seorang lagi cuba tolong, tapi dia tikam saya dengan pen. Nasib baik kena tangan saja.

“Mereka tak sangka saya boleh jadi fighter. Tapi saya bukan fighter, saya lover. Saya cuma pertahankan diri,” katanya.

Disebabkan insiden tersebut, mereka terpaksa berdepan tindakan disiplin sekolah termasuk dipanggil oleh guru besar dan berisiko digantung sekolah.

Justeru, Farahdhiya menasihatkan golongan pelajar supaya tidak menjadikan sekolah sebagai tempat untuk berlagak samseng.

“Mak ayah hantar ke sekolah untuk timba ilmu, bukan nak tunjuk hebat. Tak kemana pun perangai kaki buli. Jaga nama baik keluarga dan ambil peluang itu untuk buat ibu bapa bangga,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Little Miss Khan Mohon Maaf!

Menurut Amira sendiri beliau memohon maaf menerusi akaun instagram nya berhubung rakaman video tersebut. Menurut Amira, apa yang diucapkan nya itu sama sekali tidak disengajakan. Dan, baginya bukan niat untuk mencetuskan kemarahan mana-mana pihak

Featured Fri, 21 Mar 2025

Faye Kusairi Mohon Pelanggan ‘Mulut Puaka’ Jaga Adab – “Artis Pun Manusia, Ada Hati & Perasaan”

Faye berkata, artis juga merupakan manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Events Tue, 21 Apr 2020
Hiburan Mon, 18 Nov 2019

陶晶莹直呼:演唱会前有彩蛋!新歌单追加7首曲目宠粉

出道29年的陶晶莹(陶子)来马来西亚举办大型售票「陶晶莹的1999年演唱会」,消息公开后再加上她本人亲自来马宣传为演唱会「助攻」,粉丝狂扫票。

Trending Wed, 13 Mar 2019

Viral Isu Pembuangan Toksik, 34 Sekolah Ditutup di Pasir Gudang

Viral di laman twitter apabila kes pembuangan toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang menyebabkan murid di sekolah mengalami masalah sesak nafas akibat terhidu gas toksik berbahaya.

Featured Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Mon, 11 Nov 2019

“Paling Saya Rindu Adalah Lakonan.” – Marsha Terkilan Kurang Tawaran Selepas Berkahwin

Menyanyi boleh, berlakon boleh, mengacara boleh…serba boleh!

Hiburan Mon, 15 Jan 2018

Memang Jarang Jumpa Tapi Hubungan Masih Baik

Betulkah tiada masalah komunikasi kerana jarang bertemu, tetapi itulah yang diyakinkan oleh pasangan ini

Hiburan Thu, 27 Apr 2023
error: Content is protected !!