Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 7, 2025 @ 12:55pm

“Benda Tak Elok, Tak Membanggakan Buat Apa Nak Heboh?” – Emma Maembong Pilih Privasi Soal Kisah Cinta Dengan DJ Kidd

Pelakon jelita, Emma Maembong mengakui dia lebih senang mengunci mulut daripada berkongsi hal peribadi, biarpun sedar setiap langkahnya sebagai selebriti sentiasa menjadi perhatian.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 33, berkata sejak awal pembabitannya dalam dunia seni, dia menetapkan pendirian untuk menjaga batas privasi, terutama apabila melibatkan urusan hati dan keluarga.

“Dari dulu memang saya bukan jenis yang suka kongsi benda peribadi secara terbuka. Bercinta, berkahwin pun saya pilih untuk simpan sendiri.

“Kalau orang tanya, saya jawab. Tapi bukan sampai nak cerita berlebih-lebihan. Ada perkara yang lebih baik disimpan untuk diri sendiri,” katanya kepada media.

Emma ditemui pada majlis pelancaran drama baharu terbitan Viu Malaysia, Seadanya Kita yang berlangsung di Aurum Theatre, TRX, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Menurutnya lagi, dia bukan sengaja mahu berahsia, sebaliknya mahu mengelak daripada menjadikan hal peribadi sebagai bahan tontonan umum.

“Kalau boleh pilih untuk ‘sorok’, saya akan pilih itu. Tak semua benda kita perlu hebahkan. Benda-benda yang tak elok, kenapa nak sebarkan? Perkara itu bukan sesuatu yang membanggakan.

“Saya dalam industri ini untuk tunjukkan bakat lakonan, bukan cerita peribadi,” tegasnya.

Mengulas mengenai hubungan rapatnya dengan DJ Kid yang kembali menjadi buah mulut netizen, Emma memilih untuk tidak mengulas lanjut.

“Kalau ada yang doakan kami, saya ucapkan terima kasih. Saya tiada sebarang komen. Biarkan saja mereka.

“Jodoh, pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Saya hanya mahu jalani kehidupan macam orang biasa dan biar takdir menentukan,” ujarnya ringkas.

Sebelum ini, Emma dan DJ Kid menjadi bualan netizen selepas mereka tampil bersama-sama di Anugerah Melodi Terhangat (AMT2025), Ahad lalu.

Penampilan mereka yang beriringan dimana DJ Kid dengan blazer merah jambu, Emma pula anggun menggayakan gaun hijau bersama korset rona sama telah mencetuskan semula spekulasi mengenai hubungan mereka.

Malah, gosip mengenai perkahwinan senyap antara mereka kembali diperkatakan apabila timbul dakwaan mereka pernah bercuti bersama di luar negara, susulan foto-foto tular di media sosial.

Namun Emma sebelum ini menafikan khabar angin tersebut dan menjelaskan tiada hubungan istimewa terjalin antara mereka.

Sebaliknya, menerusi laporan mstar, ibu anak dua ini mengakui mereka kini hanya berkawan rapat dan selesa bersama memandangkan banyak persamaan dari segi minat dan sikap.

“Kami berkawan. Saya selesa dengan dia sebab banyak benda kami boleh bincang dan kongsi,” jelasnya.

Untuk rekod, Emma bercerai dengan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar, pada Oktober tahun lalu selepas lima tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel, 5, dan Shakil Aryan Shah, 2 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Sep 2018

Nazim Othman Lelaki Lembut?

Bagaimanapun, Nazimm langsung tidak mengambil peduli kata-kata kecaman peminat dan netizen diluar sana yang sibuk memperkatakan tentang beliau

Hiburan Thu, 23 Nov 2017

非看《2017 Mnet Asian Music Awards》不可的原因!

今年迎来第九个年头的MAMA(Mnet Asian Music Awards),是由亚洲领先影视娱乐及媒体公司CJ E&M举办。相较于过往,这届的亚洲第一大国际音乐盛典到底有哪些point让你非看不可呢?

Trending Thu, 21 Mar 2019

Kursus Motivasi Separa Bogel Kejutkan Ramai Pihak

Macam-macam lah manusia sekarang

Trending Wed, 1 May 2019

Ustaz Hassan Din Meninggal Dunia, Al-Fatihah…

Dato Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz baru sahaja kembali bertemu dengan penciptanya. Ya Allah…

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

BLACKPINK Duet Bersama Dua Lipa, Peminat Kpop Pastinya Teruja

Lagu berjudul Kiss And Make Up ini adalah hasil pertemuan mereka ketika berada di Seoul, Korea

Featured Sat, 24 Sep 2022
Hiburan Wed, 9 Aug 2023
Featured Fri, 15 Oct 2021

‘Real Life’ Squid Game di Abu Dhabi… Biar Betul?

Siapa sahaja yang tidak tahu dengan drama bersiri popular Squid Game yang berasal dari Korea Selatan. Cerita yang menayangkan tentang cabaran-cabaran yang boleh membawa kepada kematian ini telah menarik lebih dari 100 juta penonton. Kini, […]

error: Content is protected !!