Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 7, 2025 @ 8:50pm

“Tolong Jangan Obses! Awak Yang Mulakan, Sekarang Benci Saya?” – Ezzanie Jasny Luah Perasaan Di Thread?

“Tolong jangan obses dan menyakitkan hati!,”

Demikian luahan tegas pelakon jelita, Ezzanie Jasny yang mencetuskan tanda tanya ramai apabila secara terbuka menyindir seseorang yang didakwa pernah cuba mendekatinya namun kini bertindak memutuskan hubungan secara tidak matang.

Dalam hantaran di platform Threads, Ezzanie, yang dikenali menerusi lakonannya dalam Seindah Hujan Cinta, tampil meluahkan rasa kecewa apabila individu terbabit berubah sikap selepas mendapat respons daripadanya.

“Please, stop being obsessive and unnecessarily annoying. You initiated everything. Okay, awak berjaya buat saya nampak awak.

“I responded, and now you hate me the most? It’s honestly beneath me. Do whatever helps you sleep at night, but keep my name out of your life, love,” tulisnya penuh sindiran.

Meskipun tidak menyebut nama, namun ciapan tersebut seolah-olah ditujukan kepada seseorang yang pernah ‘mempermainkan’ perasaannya.

Dalam ciapan berbeza, selebriti berusia 26 tahun itu turut mengingatkan tentang pentingnya kejujuran dan bagaimana kebohongan serta niat buruk akhirnya tetap akan terbongkar.

“Honesty really does matter. You can hide things, lie, or be insincere but eventually, Allah akan tunjuk jugak. Nothing stays hidden forever. One way or another, it’ll come out. And when it does, people get hurt.

“Trust gets broken right? Berhati-hatilah dengan kata-kata, dengan niat, dengan hati dan perasaan sesama manusia. Kita mungkin rasa kita pandai ‘cover’, tapi kita lupa… Allah Maha Melihat,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut tampil memberikan semangat kepada Ezzanie agar terus kuat berdepan dugaan.

Setakat ini, Ezzanie belum mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai maksud sebenar ciapan tersebut, namun ramai yakin isi tersebut berkait rapat dengan konflik peribadi yang sedang dihadapinya ketika ini.

Dalam perkembangan lain, Ezzanie kini membintangj drama Seindah Hujan Cinta bersama barisan pelakon hebat lain seperti Nelydia Senrose, Yusof Bahrin, Hariz Hamdan, Fadilah Mansor, Zulkifli Ismail dan Normah Damanhuri.

Seindah Hujan Cinta bukan sekadar drama tentang cinta tiga segi atau poligami. Ia menyelami pergolakan batin wanita yang tersepit antara impian kerjaya dan naluri keibuan, perjuangan seorang suami untuk berlaku adil, serta pengorbanan seorang adik angkat demi kesetiaan dan budi.

Merangkumi 28 episod, Seindah Hujan Cinta telah mula bersiaran pada 21 Julai lalu secara eksklusif di Tonton setiap hari Isnin hingga Khamis.

Artikel Berkaitan: Gandingan Nelydia Senrose, Yusuf Bahrin, Ezzanie Jasny & Hariz Hamdan Pacu ‘Seindah Hujan Cinta’, Bersiaran Secara Eksklusif di Tonton!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 1 Oct 2021

Boleh Teman Isteri Bersalin Bermula 4 Oktober, Ini Syarat Yang Ditetapkan Oleh KKM!

Boleh semak syaratnya ye bakal-bakal ibu/bapa sekalian

Featured Fri, 2 Dec 2022

Terima Panggilan Daripada Ungku Ismail, Norreen Iman Menangis Nad Zainal Sudah…

Pelakon dan pempengaruh Norreen Iman yang terkenal dengan perangai ‘gila-gila’ di media sosial terkejut apabila menerima panggilan Ungku Ismail berkaitan keadaan Nad Zainal yang sedang sakit. Menerusi perkongsian di Instagram Story, Norreen memberitahu Ungku Ismail […]

Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Featured Tue, 7 Mar 2023

Hadiri Konsert Blackpink.. Mira Filzah Dikritik Tak Sedar Diri, Peminat Tampil Pertahankan…

Alahai, minat je tak semestinya orang lagha. fikir positif!

Trending Tue, 26 Nov 2019

Malaysia Went Amok When 5-Starred “Jalur Gemilang” Went Viral On The Internet

This shouldn’t be how our country should be represented.

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Alvin鍾瑾桦首战「一镜到底」拍摄!仅NG 18次

Alvin鍾瑾桦首次挑战「一镜到底」拍摄MV !导演还称赞Alvin非常有镜头感,拍摄仅NG 18次。

error: Content is protected !!