Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 8, 2025 @ 3:18pm

Sherry Alhadad Menangis, Pernah Lalui Fasa Sukar Turunkan Berat Badan

Pengacara dan pelakon serba boleh, Sherry Alhadad mengaku pernah melalui fasa sukar dalam usaha menurunkan berat badannya.

Menurut Sherry, dia pernah melalui fasa mencabar demi mendapatkan bentuk badan yang ideal dan proses itu jauh lebih sukar kerana dilakukan tanpa sebarang pembedahan.

Tambahnya, cabaran paling besar sebenarnya bukan hanya dari segi fizikal semata-mata, sebaliknya melibatkan mental dan tahap konsistensi yang perlu dijaga sepanjang proses tersebut.

“Mereka yang pernah struggle nak kurus mesti faham betapa susahnya proses ni.

“Saya pernah menangis seperti putus cinta mahu turunkan berat badan. Mereka yang berusaha mahu kurus mesti tahu betapa sukarnya nak turunkan berat badan secara organik.

“Saya dah cuba macam-macam. Kategori saya ni orang kata ‘kategori yoyo’. Berat badan saya naik turun.

“Biasanya, bila dah kuat semangat, tiba-tiba boleh putus asa semula dan tanya diri, sampai bila nak kena lalui semua ni?” katanya.

Mengulas lanjut, Sherry mendedahkan, dia ada menerima tawaran daripada beberapa pihak untuk menjalani pembedahan bariatrik namun, memilih untuk menolak secara baik.

“Memang ada doktor yang offer, tapi saya rasa belum tiba masanya.

“Saya percaya proses nak kurus ni cuma perlu jaga makan je. Belum terbuka hati untuk buat pembedahan.

“Lagipun, ada juga pengarah yang suruh saya kekalkan penampilan sekarang sebab katanya itu identiti saya,” jelasnya.

 

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 5 Jul 2025

Didakwa ‘Try Hard’ Tiru Gaya Amir Ahnaf, Fitri Farok Enggan Komen

Fitri Farok enggan komen, mahu kekalkan aura positif

Trending Sun, 9 Dec 2018

约会对象会让你变胖?研究:对方的长相影响食量

你常常在约会的时候不小心吃太多吗?

Featured Thu, 30 Jun 2022

Netizen Minta Sekuel Filem Mat Kilau, Ini Respons Syamsul Yusof – “Semestinya Akan Ada, Tapi…”

Wahhhh, betul ke akan ada sekuel Mat Kilau 2 ni? Terbaik! 🤩🤩

Featured Tue, 30 Aug 2022

“Lebihkan Nyanyi, Kurangkan Bercakap” – Ziana Zain Terima Teguran Netizen

Respect betul sikap kak Ziana yang tak melenting pun malah terima lagi teguran dari peminat.

Acara Sun, 13 Nov 2022
Featured Thu, 14 Apr 2022

#JusticeForBella: Saksi Ke-5 Dedah Bella Didera Setiap Malam Pada Setiap Hari Selama 4 Bulan

Allahuakbar, kesian Bella.. Cepatlah selesai isu ni #JusticeForBella

Hiburan Sun, 30 Dec 2018

草蜢性感程度爆灯!被男粉丝吹口哨狂撩

《草蜢17385世界巡回演唱会》来到云顶站,草蜢三子极尽妖艳之能事,无论是透视装、深V、鱼网装、裙装……性感程度无极限,让粉丝大喷鼻血,还遭男粉丝猛吹口哨狂撩!

error: Content is protected !!