Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 8, 2025 @ 1:28pm

Sweet! Ikhwan Fatanna Dedikasi Single ‘Hadiah Tuhan’ Buat Isteri Tercinta

Nama Ikhwan Fatanna bukanlah asing dalam industri seni tanah air. Dikenali sebagai komposer, penulis lirik, dan penyanyi, dia kini turut menggalas peranan sebagai juri dalam sebuah program nyanyian di sebuah stesen televisyen.

Namanya melonjak naik selepas lagu ciptaannya, Hening Rindu yang dinyanyikan oleh Marsha Milan, dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-39.

Sepanjang kerjaya, Ikhwan telah bekerjasama dengan ramai nama besar industri seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Haqiem Rusli, Ernie Zakri, Hafiz Suip dan ramai lagi.

Malah, Ikhwan dikenali sebagai pencipta lagu-lagu berunsur mesej positif dan kesedaran, antaranya lagu Bismillah yang dinyanyikannya sendiri.

Terbaharu, Ikhwan tampil dengan single berjudul Hadiah Tuhan, sebuah karya yang ditulis sepenuhnya sendiri sebagai dedikasi istimewa kepada isteri tercinta.

Lagu ini diilhamkan semasa fasa bulan madu dan menjadi ungkapan rasa syukur atas kehadiran isteri yang melengkapi kehidupannya.

“Saya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang ini. Sebuah keluarga bahagia bersama isteri dan anak-anak, karya-karya yang dikenali, dan juga penerimaan umum terhadap penglibatan saya didalam industri seni.

“Saya mengharapkan sokongan yang berterusan untuk semua karya-karya saya tidak kira bila,” ujarnya yang berterima kasih kepada isterinya, penyampai radio Lin Ariffin.

Sebelum ini, Ikhwan pernah menghasilkan lagu Abadi bersama kumpulan Xpose dan Selawat Nuril Anwar bersama Xpose dan Amad Fadlin, ketika menjalinkan kerjasama dengan artis-artis di bawah Suria Records.

Kini, menerusi Hadiah Tuhan, dia muncul dengan single sulung sebagai artis rasmi di bawah label tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 May 2025

[VIDEO] Sambut Ulang Tahun Ke-30, Nana Sheme Infaq Al-Quran Buat Arwah Ibu

Nana Sheme sambut hari lahir dengan cara berbeza.

Trending Thu, 24 Oct 2019

Dengan Twitter Dapat Bantu Lelaki Ini Keluar Dari …

Nampak tak bertapa impaknya media sosial

Hiburan Mon, 16 Feb 2026

Rayme Zainal Lancarkan Single Gema Raya, Letak Signature Dalam Setiap Naskhah – “Setiap Karya Mesti Ada…”

Lagu hasil ciptaan Rayme Zainal sendiri ini menceritakan pengalaman sambutan Hari Raya.

Featured Fri, 17 Jan 2025
Featured Wed, 19 Apr 2023
Featured Wed, 11 Dec 2024

Fazura Kesal Individu Wanita Tinggal Kenyataan Fitnah Melampau – “Ingat! Saya Tak Maafkan Awak Dunia Akhirat”

Wanita terbabit mendakwa aktres itu masih menyimpan dendam terhadap bekas suaminya, Fattah Amin.

Trending Thu, 9 Apr 2020
error: Content is protected !!