Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 8, 2025 @ 2:02pm

Tampilkan Lakonan Sophia Albarakbah, Filem ‘Abu Si Raksasa’ Angkat Isu Alam Sekitar Melalui Kisah Cicak Mutasi

Industri filem tempatan lazimnya banyak mengetengahkan genre seperti seram, aksi dan komedi. Namun, produksi M Toons Media Sdn. Bhd. mengambil pendekatan berani dengan menerbitkan sebuah karya sains fiksyen bertajuk Abu Si Raksasa, filem ‘kaiju’ (raksasa) pertama seumpamanya di Malaysia.

Diterbitkan oleh Zamin Fakry, filem ini memaparkan kisah seekor cicak salamander yang mengalami mutasi menjadi makhluk gergasi akibat pencemaran alam sekitar.

“Idea menghasilkan filem ini tercetus ketika perbincangan bersama dengan seorang Profesor Dr Hezri Adnan yang merupakan ahli akademik alam sekitar. Kemudian, ia memberi ilham kepada kami untuk menghasilkan sebuah naskhah sains fiksyen yang berkaitan dengan isu alam sekitar menerusi filem ini,” ujar Zamin.

Dalam filem ini, Zaara memelihara seekor cicak salamander bernama Abu, namun haiwan itu terlepas ke sebuah empangan yang tercemar dengan bahan kimia dari produk pencuci jenama ROXCCID, menyebabkan mutasi berskala besar.

Zaara bersama dua rakannya, Sofiyan dan Zidan, cuba melindungi Abu daripada pihak berkuasa yang diketuai Kolonel Zamrose dan Kapten Fayyad, yang mahu menghapuskan raksasa itu.

“Sebelum ini sudah banyak genre seperti seram, aksi dan komedi yang dipaparkan. Jadi, kami cuba untuk menampilkan kelainan menerusi filem Abu Si Raksasa. Jalan ceritanya juga telah diolah mengikut kesesuaian masyarakat di negara ini dan ia merupakan sebuah filem yang cukup menarik untuk ditonton,” tambah Zamin lagi.

Filem arahan Ramdan Che Hassan ini menampilkan barisan pelakon popular termasuk Sophia Al-Barakbah, Jaa Suzuran, Zalif Sidek, Afieq Shazwan, Azhar Sulaiman dan Maria Farida.

Menurut Zamin, penerbitan filem ini menelan belanja kira-kira RM2 juta, yang turut merangkumi kos CGI dan VFX.

“Boleh dikatakan ia adalah bajet yang agak terhad, namun produksi telah cuba buat sebaik mungkin dan kami berterima kasih kerana mendapat dana daripada pihak Kementerian Komunikasi dan Finas bagi menjayakan pembikinan filem ini,” katanya lagi.

Pengarah dan penulis skrip, Ramdan Che Hassan berkata, pemilihan cicak salamander sebagai teras penceritaan dibuat berdasarkan ciri unik haiwan tersebut.

“Ia adalah jenis binatang amfibia (dua alam) dan terdapat laporan yang menyatakan ia mampu membesar dengan saiz yang cukup besar. Selain itu, cicak salamander bukanlah sejenis haiwan ganas dan ia sesuai untuk dibela. Jadi, ia bersesuaian dengan penceritaan dalam filem ini,” jelasnya.

Tambah beliau, proses penggambaran yang berlangsung pada September 2023 mengambil tempat di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang seperti Tasik Tadom, Kajang, Banting dan Sungai Buaya.

“Paling utama adalah kami perlu membuat kajian yang cukup mendalam sebelum penggambaran bermula. Imaginasi yang mantap juga memainkan peranan yang cukup penting, apatah lagi ia membabitkan kira-kira 40 peratus CGI,” katanya.

Abu Si Raksasa mengisahkan tentang cicak salamander peliharaan Zaara (lakonan Sophia Al-Barakbah) yang terlepas ke dalam empangan yang telah tercemar bahan kimia. Pencemaran itu menyebabkan Abu membesar secara luar biasa menjadi seekor raksasa.

Zaara bersama Sofiyan (Jaa Suzuran) dan Zidan (Zalif Sidek) berusaha untuk menyelamatkan Abu daripada pihak berkuasa yang mahu menghapuskan makhluk tersebut demi keselamatan negara. Abu Si Raksasa dijadualkan untuk tayangan seluruh negara bermula 11 September 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 Nov 2022
FESYEN Mon, 15 Apr 2019

Pencarian Wanita Melayu 2019, 10 Finalis Bakal Berentap Untuk Merebut Takhta

Pentas utama Plaza Shah Alam Sabtu lalu menyaksikan persaingan sengit 30 peserta separuh akhir Pencarian Wanita Melayu 2019 yang bertanding untuk melayakkan diri ke peringkat akhir PWM 2019.

Hiburan Mon, 24 Sep 2018

Aizat Amdan Stress Alami Berat Badan Berlebihan ?

Kalau nak tahu tips kurangkan berat badan versi Aizat Amdan, Nah!

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

Ariana Grande, a Racist Plagiarist?

A lawsuit might be on Little Red’s next track.

Featured Mon, 27 Dec 2021

Demi Lovato Mempersembahkan Lagu Di Hadapan Hantu

Penyanyi dan pelakon Hollywood Demi Lovato menyelami aktiviti paranormal dalam program TV terbarunya, Undentified With Demi Lovato. Di dalam episod kedua program itu, Demi bersama rakannya dan seorang penyiasat paranormal, Chris Smith pergi ke sebuah […]

Hiburan Tue, 13 Jan 2026
Trending Tue, 9 Feb 2021
error: Content is protected !!