Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 11, 2025 @ 1:19pm

Lana Nodin Tersentuh Hati Suami Muallaf Ajak Pergi Masjid Lepas Tengok Wayang

Pelakon, Lana Nodin meluahkan rasa terharu apabila suaminya, David McKienzie, yang juga seorang mualaf mengajak mereka sekeluarga menunaikan solat di masjid selepas selesai menonton wayang.

Menurut Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, momen itu membuatkan dirinya berasa bangga dan bersyukur melihat perubahan positif suaminya yang semakin mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Tersentuh hati bila suami yang muallaf ajak kita ke masjid selepas selesai tengok wayang. Gembira dia bila nak ke masjid, siap menari lagi,” tulisnya di Instagram bersama tanda pagar #proudwifey.

Dalam perkongsian sama, Lana turut memanjatkan doa agar hidayah yang diberikan Allah SWT kekal berpanjangan buat suami, anak-anak dan dirinya sendiri.

“Terima kasih Allah SWT. Semoga berikan hidayah terbaik ini untuk suami, anak-anak dan diri sendiri. Teruskan istiqamah, hidayah tu mahal,” katanya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat yang mendoakan pasangan itu terus diberikan kekuatan untuk istiqamah dalam melakukan kebaikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lana Nodin (@lananodinmckienzie)

Suami Lana, David, telah memeluk Islam dengan nama Mohd Daud McKienzie, mereka telah mengikat tali perkahwinan pada tanggal 15 Mei 2015 dan mempunyai dua cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 9 Aug 2022
Trending Sun, 7 Jun 2020
Hiburan Wed, 8 Jan 2025
Hiburan Tue, 9 May 2023
Featured Thu, 23 Jun 2022
Hiburan Sat, 24 Jan 2026

Ibu Puteri Balqis ‘Buka Mulut’, Dakwa Janna Nick Tiada Empati – “Ini Bukan Neutral, Tapi Backhanded!”

Menurut Norashikin, kenyataan yang menggesa supaya ‘blok sahaja’ individu tertentu gagal menunjukkan empati

error: Content is protected !!