Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
FESYEN By: Padin August 13, 2025 @ 6:06am

Dayang Nurfaizah & Hael Husaini Disatukan Lagi, Kali Ini Bergabung Dalam….

Dua nama besar industri hiburan tanah air, Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini, kini menjadi wajah rasmi koleksi premium terbaharu Amber Eksklusif Casual Wear, Somewhere Somehow Someone, di bawah jenama Usanita Sdn Bhd.

Pelantikan ini bukan sekadar memadankan dua ikon berkarisma dengan sebuah jenama mewah, malah turut membawa sentuhan prestij baharu kepada dunia fesyen tempatan.

Koleksi ini direka khusus buat golongan T20 yang mengutamakan fesyen kasual berkelas tinggi, memadukan rekaan moden kontemporari, fabrik premium dan kemasan eksklusif yang menyerlahkan elegan serta keyakinan diri.

Menurut Datuk Adzliana Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, pemilihan Hael dan Dayang adalah keputusan yang tepat kerana kedua-duanya menjadi cerminan sempurna kepada imej dan DNA Amber.

“Hael dan Dayang adalah cerminan sempurna kepada DNA Amber iaitu penuh gaya, berkarisma, dan memiliki pengaruh besar dalam membentuk aspirasi fesyen.

“Mereka bukan sekadar ikon hiburan, malah lambang kejayaan dan personaliti unggul yang seiring dengan visi kami untuk menjadikan Amber sinonim dengan fesyen kasual premium di Malaysia,” ujarnya.

Tambah Adzliana, ini adalah detik bersejarah apabila buat pertama kali Dayang bersetuju menjadi wajah rasmi bagi jenama fesyen tempatan.

“Dayang memilih untuk bersama Amber adalah satu penghormatan besar buat kami. Kepercayaan beliau terhadap jenama tempatan yang menepati standard antarabangsa membuktikan bahawa fesyen buatan Malaysia mampu berdiri setaraf jenama global,” tambahnya.

Koleksi Somewhere Somehow Someone tampil dengan seleksi rekaan eksklusif yang disusun rapi untuk gaya hidup sofistikated, termasuk Zip Up Scuba Collar Sweater, A-Line Scuba Skirt, Short Sleeve Polo Shirt, Cascade Short Jacket, Knit Cardigan, Side Pleated Skirt dan Easy Trench Coat

Koleksi ini akan dipasarkan secara terhad di butik Amber di Wangsa Walk Mall serta butik flagship di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur, dan turut boleh didapati secara online di www.amberofficials.com.my atau media sosial Amber Officials.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Wed, 14 Aug 2019

Fazura’s Spilling Tea on E! News About Fattah’s Fashion

The fashion starlet, Fazura reveals her individuality through her fashion picks and thoughts

FESYEN Sat, 3 Mar 2018

Labuhkan Balik Tudung Dan Henti Jual Tudung Singkat, Lofa – Dr Norsaleha

Neelofa sebagai ikon wanita muslimah Malaysia perlu berbuat demikian sebagai tanda bertaubat dan serius menerima teguran orang ramai.

FESYEN Mon, 9 Apr 2018

Wanita Tidak Lagi Minat Kasut Tinggi Punca Nine West Gulung Tikar?

Berdasarkan laporan Washington Post, syarikat ini gagal mendapatkan keuntungan apabila trend terhadap kasut tinggi dilihat menjunam. Wanita lebih suka kasut sukan sekarang, ya lah…senang nak ke sana sini!

Featured Fri, 2 Sep 2022

Busana Disamakan Seperti ‘Kertas Minyak’, Netizen Puji Izara Aishah Sebab…

Punya cantik outfit Izara netizen senang-senang samakan dengan kertas minyak lah leather seat lah 🤣😅

FESYEN Sun, 16 Mar 2025
FESYEN Thu, 7 Nov 2019

Adele Terima ‘Hadiah Istimewa’ Dari Posh Spice?

Nak tahu berita lanjut, klik artikel ini!

error: Content is protected !!