Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Fab Foodies! By: Padin August 13, 2025 @ 6:17am

MyResipi Lancar ‘Makan Sini Best’, Pencarian Nasi Lemak No.1 di Lembah Klang Ditentukan Orang Ramai!

MyResipi, platform komuniti makanan digital di bawah REV Media Group, melancarkan kempen ‘Makan Sini Best’ bagi mencari, meraikan dan mengiktiraf pengusaha Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang dengan pemenang ditentukan sepenuhnya melalui undian orang ramai.

Kempen yang berlangsung dari Ogos hingga September 2025 ini memberi peluang kepada pengguna untuk menonjolkan pengusaha tempatan yang menjadi wira di sebalik hidangan ikonik negara.

Acara kemuncak akan diadakan pada 25 September 2025 dalam bentuk majlis penganugerahan.

“Menerusi ‘Makan Sini Best’, kami ingin mengangkat keunikan cita rasa tempatan dan meraikan semangat pengusaha makanan kita.

“Matlamat utama kami adalah untuk memberi kuasa kepada rakyat Malaysia bagi memilih dan menobatkan juara sebenar nasi lemak di Lembah Klang kerana kami percaya bahawa suara komuniti adalah yang paling telus dan diyakini,” kata Muhamad Shaifullah Tayep selaku Penulis Kanan Kandungan Berjenama di REV Media Group.

Tiga Fasa Penyertaan

Kempen ini dibahagikan kepada tiga peringkat:

Fasa Pencalonan (9–23 Ogos) – Orang ramai boleh mencalonkan gerai atau restoran nasi lemak kegemaran mereka dengan meninggalkan komen di hantaran rasmi Facebook, TikTok, dan Instagram MyResipi. Pencalonan mesti disertakan nama kedai, lokasi, dan alasan ia layak dicalonkan.

Fasa Undian (10–22 September) – Lima vendor dengan pencalonan tertinggi akan disenarai pendek, sebelum pemenang utama dipilih melalui undian di laman mikro rasmi kempen.

Pengumuman Juara (25 September) – Pemenang akan diumumkan dalam acara mini dan menerima plak penghargaan rasmi daripada MyResipi.

Ganjaran & Aktiviti Menarik

Kempen ini turut menawarkan hadiah tajaan Le Nona. Sepanjang fasa pencalonan, peserta boleh memenangi Le Nona Rosabelle Rice Cooker 1.8L dengan berkongsi gambar nasi lemak paling kreatif di Facebook MyResipi.

Dua peserta dengan komen paling meyakinkan akan membawa pulang Le Nona Jumbo Rose Wok Set dan Le Nona Jumbo Rose Wok Set (Scarlet Edition), termasuk pengalaman makan di gerai pemenang bersama seorang rakan.

Pada acara kemuncak 25 September, 100 pengunjung terawal akan menikmati nasi lemak percuma dan produk tajaan seperti Sunshine Bakeries Malaysia serta ZUS Coffee. Cabutan bertuah juga menawarkan hadiah tambahan sebuah lagi periuk nasi Le Nona Rosabelle Rice Cooker 1.8L.

Hab Digital Komuniti

Maklumat lengkap kempen boleh didapati di laman mikro khas www.myresipi.com/makansinibest yang memaparkan senarai calon, ruang undian, video di sebalik tabir, dan artikel berkaitan.

“Kempen ini membolehkan kami mengetengahkan wira-wira tempatan di sebalik hidangan sarapan kegemaran rakyat Malaysia, sambil mengukuhkan hubungan antara jenama, pengguna dan ekosistem makanan tempatan,” tambah Shaifullah.

Untuk perkembangan terkini, ikuti @myresipi di Instagram atau layari www.myresipi.com/makansinibest.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Thu, 17 May 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda Harris

Tak sampai 30 minit, hidangan boleh tersedia di atas meja. Menu sesuai untuk anda yang pulang kerja lewat dan mahukan juadah yang memikat rasa…

Featured Thu, 24 Mar 2022

Tak Tinggalkan Dunia Seni, Saharul Ridzwan Ikut Sunnah Apabila Ceburi…

Saharul tak menolak sebarang tawaran berlakon, tetapi bergantung kepada…

Featured Tue, 9 Aug 2022
Trending Mon, 27 Nov 2017

美瞳扔了吧!黑科技20秒让黑眼睛变蓝眼睛

眼睛的颜色毕竟是由基因决定的,那我们炎黄子孙想要变成蓝眼睛只能通过佩戴美瞳,不过近日外媒曝出了一则国外的黑科技,可以让棕色眼睛20秒变成蓝色,这是怎么回事?

Hiburan Mon, 22 Sep 2025

Suhu Cecah 40 Darjah, Abby Abadi Disahkan Kena Influenza

Abby Abadi disahkan hidap virus Influenza, dikejarkan ke hospital sejurus selesai konsert Elite

Drama Thu, 27 Feb 2025

Alif Satar Curang? Bukan Sekadar Lafaz 2 Sarat Dengan Konflik & Emosi

Lebih banyak konflik dan dilema dalam Bukan Sekadar Lafaz 2. Saksikan!

Trending Wed, 12 Jun 2019

Selepas Azwan Ali, Giliran Ummi Hafilda Komen Video ‘Panas’ Lelaki Mirip Azmin Ali

Sepanjang Ramadan tiap solat aku mengangkat tangan datang lah kebenaran siapakah dua durjana ini yg tidak layak memimpin negara.

error: Content is protected !!