Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 13, 2025 @ 2:14pm

Didakwa Tunjuk Isyarat ‘L’ Kepada El Rumi, Noor Nabila Kekal Tenang – “While They Talk Cheap, I Build Big”

Personaliti media sosial, Noor Nabila tidak memberikan sebarang respons terhadap kecaman netizen selepas didakwa menunjukkan simbol ‘L’ (loser) kepada El Rumi.

Namun begitu, menerusi perkongsian terbaharu di Instagram Story (IGs), kakak kepada selebriti terkenal Neelofa itu memuat naik kapsyen ringkas berbunyi “read this: UNBOTHERED”, seakan memberi isyarat bahawa dirinya tidak ambil pusing dengan kontroversi yang melanda.

Insiden tersebut berlaku ketika Nabila hadir memberi sokongan kepada kekasih adiknya, Ameera Khan iaitu pelakon Jefri Nichol dalam acara tinju Superstar Knockout di Jakarta.

Dalam hantaran IGs lain, Nabila turut berkongsi foto Jefri bersama anak sulungnya, Jebat Jayden bersama Jefri dengan kapsyen pendek namun penuh makna: ‘Proud, always.’

Walaupun menerima pelbagai tohmahan, Nabila tetap tenang dan memilih untuk fokus pada projek peribadinya iaitu membina rumah baharu.

“While they talk cheap, I build big. Oh hello next door. You are mine now,” tulisnya sambil memaparkan pelan lantai kediaman mewah tersebut.

Terdahulu, Nabila didakwa membuat isyarat ‘L’ sebaik sahaja El Rumi diumumkan sebagai pemenang perlawanan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan itu, malah ada yang menyifatkan sikap Nabila kali ini agak ‘over’ dan tidak profesional, berbeza dengan imej ‘classy’ yang sering ditonjolkannya sebelum ini.

Artikel Berkaitan: Tindakan Noor Nabila Tunjuk Isyarat ‘L’ Pada El Rumi Dikritik

Artikel Berkaitan: Jefri Nichol Tetap Puas Walau Tewas Dengan El Rumi, Kelibat Ameera Khan Terbang Ke Jakarta Untuk Beri Sokongan Curi Tumpuan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

PANIK HINGGA KURUS DIBUATNYA

Masalah panik yang dialami Haiza memerlukannya rujukan daripada doktor pakar

Featured Thu, 19 Feb 2026

“Yang Datangkan Bahagia Harus Disayangi, Yang Ganggu Ketenangan Kita Palau”- Fazura Kongsi ‘Formula’ Hidup Kekal Tenang Sempena Ramadan

Nur Fazura mengajak orang ramai agar lebih bijak menjaga ketenangan diri dan memilih lingkungan sosial demi menjaga kebahagiaan sendiri terutamanya sempena bulan Ramadan.

Trending Wed, 15 May 2019

Remaja 16 tahun ditemui maut setelah buat bancian mengenai bunuh diri di Instagram

Adakah keputusan bancian itu mempengaruhi tindakannya?

Hiburan Wed, 3 Oct 2018
Featured Wed, 21 Dec 2022
Hiburan Sun, 8 Apr 2018

Awas! Padam Nama Siti Nurhaliza Kalau Tak…

Saya menafikan sekeras-kerasnya berita itu (jika dirujuk pada saya) dan tidak pasti tujuan pihak yang menulis berita palsu itu.

error: Content is protected !!