Euforia Bola 2026
Trending By: Padin August 17, 2025 @ 6:13am

Jalin Kerjasama Dengan Pelbagai Jenama, Syed Saddiq Sudah Kumpul RM2 Juta – “Semua Disalurkan Kepada Rakyat Muar”

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan sudah mengumpul RM2 juta sejak menjalin kerjasama dengan pelbagai jenama sejak hujung tahun lalu.

Hasil wang terkumpul sebagai duta jenama dan bayaran penampilan di acara diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Muar untuk manfaat dan kebajikan penduduk setempat.

“Berbanding saya duduk diam sahaja, lebih baik saya buat kerja sambilan seperti ini dan saya dapat meraih dana untuk parlimen Muar. Banyak jenama yang bekerjasama dengan saya dan selepas saya tanda tangan kontrak dengan mereka, bayaran mereka buat kepada akaun Pusat Khidmat Parlimen Muar kerana saya mahu ia disalurkan ke sana.

“Saya dapat kumpul melebihi RM2 juta untuk Muar sepanjang kerjasama saya dengan pelbagai jenama sejak Disember tahun lalu. Insya-Allah akan ada empat jenama lagi yang bakal berkolaborasi dengan saya selepas ini dan saya jangkakan pada akhir tahun ini ia akan mencecah kepada RM2.5 juta sehingga RM3 juta,” katanya.

Saddiq ditemui XTRA di acara pengiktirafan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk restoran Thong Bowl cawangan IOI City Mall, Putrajaya serta pengiktirafan ASEAN Record bagi kategori The Most Super Bowl Size Sold in Asean, pada Jumaat.

Saddiq Ucap Tahniah Kepada Thong Bowl

Membuat penampilan khas di acara terbabit, Saddiq menerima bayaran sebanyak RM15,000.

“Bila mereka hubungi saya, mereka kata mereka sanggup bayar RM15,000 untuk membuat penampilan sempena acara ini. Saya katakan, proses bayaran harus terus diserahkan kepada parlimen Muar kerana banyak orang yang memerlukan dana kerana baru-baru ini terjadinya ribut di sana dan ia merosakkan atap rumah penduduk.

“Tahniah diucapkan kepada Thong Bowl IOI City Mall atas kejayaan memperoleh Sijil Halal JAKIM. Pencapaian ini mencerminkan komitmen mereka dalam memastikan kualiti, kebersihan serta integriti produk terjaga.

“Pensijilan Halal ini bukan sahaja memberi jaminan kepada pelanggan Muslim, malah turut meningkatkan keyakinan pengguna secara keseluruhan. Saya berharap pencapaian ini dapat menjadi contoh dan mendorong lebih banyak perniagaan tempatan untuk memberi perhatian serius terhadap pensijilan Halal,” katanya.

Restoran yang terkenal dengan hidangan Sliced Australian Beef Noodle kini secara rasmi menerima pensijilan Halal JAKIM untuk cawangannya di IOI City Mall, Putrajaya.

Lebih membanggakan, jenama makanan dan minuman ini turut menambah satu lagi kejayaan apabila disenaraikan dalam ASEAN Book of Records, selepas sebelum ini pernah mencatat nama dalam Malaysia Book of Records.

Menurut Penasihat Halal Thong Bowl, Aamir, pengiktirafan berkenaan bukan sekadar mematuhi peraturan, sebaliknya membuktikan kesungguhan pihaknya dalam memastikan setiap aspek, daripada pemilihan bahan mentah hinggalah proses penyediaan agar benar-benar mengikut piawaian Halal.

“Proses mendapatkan pensijilan Halal memerlukan ketelitian, kesabaran dan pematuhan penuh terhadap standard JAKIM. Thong Bowl memang serius memastikan semua aspek operasi kami patuh syariah,” katanya.

Dengan adanya pengiktirafan ini, pelanggan Muslim kini dapat menikmati sajian Thong Bowl dengan lebih yakin dan tenang.

Sebagai sebuah jenama tempatan, Thong Bowl kekal komited menawarkan mi daging autentik yang dihasilkan daripada bahan segar berkualiti tinggi dalam suasana mesra pelanggan, menjadikannya destinasi pilihan penggemar makanan di Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 17 Jun 2023

“Saya Ditawarkan Nyanyi 4 Lagu…” – Viral Bergelek Sakan Di Kelab Malam, Ini Respons Baby Shima

Saya tak sengkek atau terdesak cari duit sampai sanggup untuk buat free ‘show’ – Baby Shima

Events Fri, 7 Mar 2025
Hiburan Wed, 10 Apr 2019

‘Hari Ini’ Gabungan Idea Magis Hael-Ezra

Nak tengok Hael berlakon jadi suami paling sweet?

Hiburan Fri, 21 Dec 2018
Events Fri, 25 Mar 2022
Trending Wed, 23 Sep 2020

Empat Golongan Yang Layak Menerima Prihatin, Subsidi Upah Dilanjutkan

Jom tengok siapa empat golongan yang layak!

#tilljannah Fri, 2 May 2025

“Bila Wanita Mengamuk Fahami, Jangan Lawan”- Rita Rudaini

Aktres itu seakan meluahkan perasaannya mengenai apa yang dialami seorang wanita.

Featured Tue, 22 Mar 2022

“Tapi Jangan Buat Cara Lacurkan Agama Macam Ni…” – Ajak Kumpul Saham Akhirat Dengan Tengok MV Baru, Shahrulezad Tegur DSV

Pengarah drama popular, Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali dengan panggilan Budak Ijat tampil menegur tindakan usahawan selebriti, Datuk Seri Vida (DSV) agar tidak mempromosikan muzik video terbaharunya dengan alasan untuk mengumpul saham akhirat. Perkara itu […]

Featured Fri, 17 May 2024
error: Content is protected !!