Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 17, 2025 @ 3:07pm

Azharina Julang Suara Wanita Di Peringkat Serantau, Wakili Anak Seni Dalam 1st ASEAN Women’s Conference

Penyanyi terkenal Azharina Azhar telah dipilih sebagai panelis 1st ASEAN Women’s Conference on Best Practices di Sabah International Convention Centre (SICC).

Persidangan anjuran IKSnita dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA Sabah itu menampilkan tema “Women in Humanity and Culture”.

Azharina yang merupakan Pengarah Azharina Entertainment satu-satunya wakil anak seni yang dijemput, berkongsi pengalaman dalam bidang kebudayaan dan kemanusiaan.

Turut serta di pentas forum ialah Jumriati Abdullah (Kelab PERWIRA Malaysia) dan Puan Sri Datin Prof. Dr. Liana Lim, tokoh budaya Nusantara.

Lebih dua dekad bergiat dalam seni, Azharina juga aktif dalam kebajikan, antaranya menerusi Konsert Amal Maya Azharina & Friends (2021) untuk membantu mangsa banjir di Sabah.

“Saya terlibat secara langsung dalam pengagihan bantuan makanan asas seperti beras kepada ibu tunggal dan anak-anak di kawasan Puchong. Bantuan ini memberi kesan langsung kepada keluarga yang memerlukan dan sering terpinggir dalam masyarakat,” jelasnya.

Azharina turut menggunakan muzik sebagai medium memperkasakan wanita melalui lagu seperti “Hey Lelaki”, “Kita Selamanya”, “Realiti” dan “Cinta”.

Azharina juga pernah menerima pengiktirafan Tourism Icon of The Year (Celebrity)di Malaysia Tourism Council (MTC) Gold Awards 2022.

“Saya berasa sangat bersyukur kerana dipilih untuk menjadi panelis di persidangan ini. Ia adalah satu pengalaman yang sangat berharga, apabila dapat berkongsi pentas dengan wanita-wanita luar biasa dari Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura dan Brunei.

“Mereka hadir dengan aura positif yang luar biasa dan banyak memberi inspirasi kepada saya,” katanya.

Azharina turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur.

”Saya berterima kasih kepada IKSnita terutamanya Datuk Dayang Khatijah Datu Haji Bachtiyal selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur dan juga pihak UiTM Sabah atas jemputan ini.

“Saya harap persidangan seperti ini akan diteruskan di masa akan datang kerana ia membuka ruang kepada lebih ramai wanita untuk menyuarakan pendapat, berkongsi inspirasi, dan membina jaringan sokongan yang kukuh di peringkat serantau,” katanya.

Persidangan ini turut dihadiri tokoh kenamaan termasuk Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hajjah Hanifah Hajar Taib.

Acara sehari penuh ini menghimpunkan peserta dari seluruh ASEAN melalui forum panel, sesi pembentangan dan jaringan kerjasama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Hiburan Fri, 31 Jan 2025
Hiburan Mon, 13 May 2019

Belum Sedia Bawa Watak Utama Dalam Filem, Mia Nasir Tarik Diri Dari Wangi!

Mia Nasir mahu fokus dalam bidang perniagaan berbanding lakonan buat masa ini.

Trending Wed, 24 Jul 2019

研究证明!情绪聪明人不做这9件事,人生会更快乐

人的正面、负面情绪,除了外在环境条件下的影响与牵制外,实际上真正左右情感的,往往都出自于心底。

Trending Fri, 2 Oct 2020
error: Content is protected !!