Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 18, 2025 @ 3:52pm

[VIDEO] Netizen Kritik Zarina Anjoulie, Didakwa Buat ‘Content’ Dengan Hot Daddy?

Perkongsian terkini pelakon sensasi, Zarina Anjoulie menerima kritikan hebat daripada netizen selepas selebriti itu berkongsi video bersama individu dikenali sebagai Hot Daddy.

Menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju memuat naik video memperkenalkan beberapa wanita yang sedang masak di dapur.

“Hari ini kita masak. Mereka masak sedap-sedap. Saya kena belajar dengan mereka macam mana nak masak. Saya hanya pandai buat salah sahaja,” katanya.

Namun begitu, rata-rata netizen tertumpu kepada kelibat Hot Daddy dalam video berkenaan yang sebelum ini hangat menjadi sebutan ramai dan menjadi buruan polis atas dakwaan terbabit dalam aktiviti persundalan serta penjualan rakaman video lucah.

Hot Daddy dalam video tersebut kelihatan santai sambil bermain telefonnya.

“Ini orang terkenal, sikit saja kita tunjuk,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen mempersoalkan mengapa Anju ‘berkawan’ dengan Hot Daddy.

Sebelum ini, Hot Daddy pernah berdepan tuduhan pada tahun 2024 kerana didakwa mengiklankan perkhidmatan persundalan di platform media sosial X serta menjual rakaman video berunsur tidak bermoral.

Namun, pada Disember 2024, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Hot Daddy bersama dua rakannya berhubung pertuduhan tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 23 Jun 2021

Selepas 9 Tahun, Siti Sarah Kembali Bergabung Dengan Shuib

Selepas sembilan tahun tidak tampil dengan lagu duet bersama, penyanyi Siti Sarah dan suaminya, pelawak dan usahawan Shuib kembali bergabung dan berpadu suara dalam sebuah karya baharu berjudul Semakin Benci Semakin Cinta (SBSC). SBSC yang […]

Hiburan Fri, 19 Oct 2018

Lagu Bodoh, Dilabel Kayu Ketika Menari? Ini Jawapan PADU Syura!

Ish…tak baik tau netizen lagu ni bodoh! Penat Syura hasilkan lagu ni…cuba hargai sikit usaha orang lain.

Featured Wed, 6 Apr 2022
Hiburan Thu, 19 Apr 2018

Sandra Merajuk Bawa Diri Kerana Lagu Tak Laku?

Peminat tidak mahu menerima perubahan yang cuba dibawa Sandra. Namun, dia akan sentiasa berusaha untuk membuktikan kemampuan vokalnya yang sebenar.

Hiburan Thu, 27 Jun 2019
error: Content is protected !!