Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 20, 2025 @ 7:43pm

Anak Dharma Harun Sangkal Dakwaan Tumpang Nama Bapa Untuk Dapatkan Tawaran Lakonan

Anak kepada pelakon veteran Dharma Harun Al-Rashid, Muhammad Al Syafiq, 36, menolak tanggapan kononnya dia menumpang nama bapa untuk mendapat peluang lakonan.

Menurut Syafiq, perjalanan seninya sudah bermula lebih awal iaitu sebelum kisah kesusahan keluarganya menjadi perhatian. Bagaimanapun, kerana sering diberi watak tambahan, kewujudannya kurang disedari dalam industri.

“Saya mahu orang menilai bakat, bukan siapa ayah saya. Kalau saya tidak ada kemampuan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) tidak akan terima saya sebagai pelajar.

“Saya diterima kerana memang ada asas lakonan, walaupun saya tahu ramai lagi yang lebih berbakat di luar sana.

“Jadi bila orang kata saya tumpang nama ayah, itu agak pelik sebab saya memang melalui proses pembelajaran yang betul,” katanya.

Syafiq ditemui di lokasi penggambaran telefilem Ayah di Pusat Jagaan Harian Warga Tua, Cheras, baru-baru ini.

Syafiq bagaimanapun mengakui kisah bapanya sedikit sebanyak membuka ruang untuk dirinya tampil sebagai pelakon utama.

“Saya tidak menolak, cerita tentang ayah memang membantu memperkenalkan nama saya. Tetapi dari segi pengalaman, saya sudah bermula sejak 17 tahun lalu.

“Saya pernah muncul dalam muzik video Datuk M. Nasir dan Bunga, selain membintangi drama Kisah Benar serta beberapa naskhah lain, walaupun hanya sebagai pelakon sampingan. Itu sebab saya kurang dikenali,” jelasnya.

Tambah Syafiq, membawa nama anak kepada pelakon legenda bukan perkara mudah kerana masyarakat sentiasa meletakkan harapan tinggi terhadapnya.

“Orang nampak seolah-olah senang bawa nama besar, tapi hakikatnya tidak. Nama Dharma Harun sudah sangat dihormati.

“Sebab itu saya perlu lebih disiplin, jaga masa, datang ke lokasi lebih awal, dan pastikan skrip dihafal. Pendek kata semuanya perlu sempurna. Saya juga berterima kasih kepada Datuk A. Aida kerana memberi peluang berlakon di bawah produksinya,” katanya.

Telefilem Ayah terbitan A Aida Productions bakal bersiaran di Salam HD menampilkan kisah Erfan yang terpaksa menjaga bapanya, Nordin, yang sakit, setelah kakaknya, Wati dan Ana, enggan memikul tanggungjawab itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 28 Sep 2024
Hiburan Mon, 6 Oct 2025
Kisah Viral Sat, 24 Dec 2022

8 Minggu Bertarung, Juara Dapur Tempur Milik Pasangan Masam Manis

“Gunakan masa untuk melihat, hidung untuk bau dan lidah untuk merasa. Jangan terlalu mengejar masa sampai anda tertinggal apa itu rasa.” Itulah mutiara kata daripada Sheila Rusly untuk membakar semangat para peserta sebelum bermulanya pertandingan […]

Featured Tue, 13 Sep 2022

“Bukan Nak Tunjuk Alim!”- Nad Zainal Akui Lebih Selesa Pakai Baju ‘Baggy’ Masuk Gym

Okaylah tu pakai baju besar-besar. Baru selesa nak gerak! Korang ni pun, kang kecam pulak.😅

Hiburan Wed, 10 Apr 2019

Lawat Mangsa Buli, Tindakan Ifan Seventeen Dipuji Warganet

Tindakan Ifan yang merupakan anak jati itu kota itu mendapat pujian daripada warganet. Mari doakan agar adik Audrey pulih seperti sedia kala. Insha Allah…

Hiburan Fri, 9 Nov 2018

Raja Mukhriz Bengang 7ujuh Jadi Mangsa Muat Turun Haram

Semudah telefon dan lambong ayat “aku tak jadi buat tapi aku ambik idea engkau ya bro” aku percaya engkau dan rakan rakan engkau sama species semua ke laut!

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

Selesa Bertiga, Forteen Belum Terfikir Cari Pengganti Izzue Islam

Forteen juga baru sahaja tampil dengan single terbaharu berjudul Diam Saja yang mana liriknya ditulis sendiri oleh mereka.

Trending Mon, 17 Jul 2023

Warga Emas Berkerusi Roda & Anak Didakwa Rogol Gadis Bawah Umur Dalam Kereta

Dah lebih umur sepatutnya tambah amal ibadah tapi tulah…

error: Content is protected !!