Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 20, 2025 @ 7:49pm

20 Tahun Tak Berlakon Telefilem, Dharma Harun Terharu A Aida Buka Ruang

Pelakon veteran, Dharma Harun Al-Rashid menzahirkan penghargaan kepada penerbit Datuk A Aida yang memberinya peluang kembali beraksi di depan kamera selepas lebih dua dekad tidak membintangi telefilem.

Telefilem Ayah terbitan A Aida Productions bukan sahaja menghidupkan kembali semangat Dharma, malah turut membuka ruang untuk anaknya, Muhammad Al Syafiq, terbabit sama.

“Peluang yang Aida beri sangat menyentuh hati. Pada asalnya jalan cerita mengisahkan seorang ibu, namun Aida sanggup menukar watak kepada ayah untuk meringankan beban saya. Saya memegang watak utama sebagai seorang ayah, bergandingan dengan Aniq Suhair dan Azeva Natassha.

“Sebelum masuk set, saya berjanji akan memberikan lakonan terbaik. Saya juga berterima kasih kepada pengarah, Zul Huzaimy yang banyak memudahkan proses penggambaran kerana memahami keadaan saya yang uzur,” kata Dharma.

Bintang filem popular era 80-an itu ditemui di lokasi penggambaran Ayah di Pusat Jagaan Harian Warga Tua, Cheras, baru-baru ini.

Kembali menjejakkan kaki ke set sejak Jumaat lalu, aktor berusia 69 tahun itu mengakui jiwanya bagaikan hidup semula.

Suasana di lokasi, dari kelibat pelakon, kru hingga peralatan penggambaran, membawanya kembali mengimbau nostalgia lebih 40 tahun lalu ketika zaman kegemilangannya.

“Perasaan ini saya ibaratkan seperti Datuk Mokhtar Dahari yang diberi peluang turun semula ke padang bola sepak. Bayangkan betapa gembiranya, begitu jugalah saya apabila dapat kembali melakukan perkara yang saya cintai,” katanya.

Biarpun berdepan masalah kesihatan termasuk asma dan kahak berlebihan dalam paru-paru, Dharma tetap hadir ke lokasi setiap hari.

Menunggu dari pagi hingga malam kerana tidak mahu mensia-siakan kepercayaan penerbit terhadapnya, Dharma turut mengakui kudratnya tidak lagi sekuat dahulu.

“Empat hari di set cukup memenatkan, tapi saya tetap pastikan diri bersedia bila tiba giliran berlakon. Saya perlu menilai tawaran selepas ini, mungkin hanya boleh terima penggambaran sehari atau dua hari sahaja.

“Kalau terlalu lama, saya tidak mampu. Selepas tamat telefilem ini, saya akan berjumpa doktor. Jika keadaan tidak baik, saya mungkin perlu jalani rawatan sedutan untuk membuang kahak yang terkumpul,” katanya.

Telefilem Ayah terbitan A Aida Productions bakal bersiaran di Salam HD menampilkan kisah Erfan yang terpaksa menjaga bapanya, Nordin, yang sakit, setelah kakaknya, Wati dan Ana, enggan memikul tanggungjawab itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 18 Jun 2020
Featured Tue, 10 Jan 2023

Kasih Iris Leona Menangis Cinta Tak Dihargai – “Ramai Orang Ambil Kesempatan…”

Sedih tengok Leona menangis.. Sentiasalah hargailah orang di sekeliling kita

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Nah…Ismail Izzani Jawab Dakwaan Sombong Dengan Peminat

Permohonan maaf sudah dibuat kepada pihak terbabit, cuma saya sedikit terkilan kerana dia memilih untuk bersuara di media sosial. Ini membuka ruang kepada mereka yang tidak tahu cerita, melemparkan tuduhan.

Hiburan Thu, 8 Jan 2026

Zairi Aziz Syukur Nasha Aziz Beri Sokongan, Nasihat Jangan Terbabit Cinta Lokasi – “Itu Pertama Kali Jumpa Dia Sejak Masuk Industri”

“Saya tak menghubungi dia sebelum ini kerana malu,” Demikian respons pelakon meningkat naik, Zairi Aziz ketika menceritakan detik pertemuan bersama kakak tirinya, selebriti terkenal Nasha Aziz. Ketika ditemui media, aktor berusia 24 tahun itu berkata […]

Hiburan Sat, 10 Nov 2018

Tahniah! Diana Amir Timang Anak Ketiga

Hanya lima minit di labour room, akhirnya Diana selamat melahirkan bayi lelaki tepat pada jam 2.16 am.

error: Content is protected !!