Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 21, 2025 @ 9:20pm

Tercalon Di Seoul International Drama Awards 2025, ‘Hai Cinta, Dengarkanlah!’ Perkenalkan Nama Anna Jobling Di Pentas Antarabangsa

Malaysia sekali lagi berasa bangga apabila pelakon serba boleh, Anna Jobling, diumumkan tercalon sebagai Outstanding Asian Star – Malaysia di Seoul International Drama Awards (SDA) 2025, yang bakal berlangsung pada 2 Oktober 2025 di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan. Anna membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa menerusi lakonannya yang memukau dalam drama ‘Hai Cinta, Dengarkanlah’, siaran popular TV3 dalam slot Akasia.

Tentang Seoul International Drama Awards (SDA)

SDA merupakan salah satu anugerah drama antarabangsa paling berprestij yang menghimpunkan bakat-bakat dari seluruh Asia. Tahun ini, Anna bakal bersaing dengan bintang-bintang ternama dari Jepun, China, Thailand, Filipina dan negara Asia lain. Sistem pemilihan pemenang ditentukan melalui proses undian secara global yang dipilih berdasarkan undian peminat dari seluruh dunia melalui aplikasi IDOL CHAMP, menjadikan setiap pencalonan sangat kompetitif. Tahun lalu, pencalonan Malaysia turut membuahkan kejayaan apabila Siti Saleha merangkul kategori yang sama, menandakan prestasi Malaysia semakin diiktiraf di peringkat serantau.

Anna Jobling

Anna Jobling kini merupakan antara pelakon muda paling berpengaruh di Malaysia. Beliau pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Drama Festival Malaysia (DFM) dan tersenarai dalam pelbagai produksi drama popular TV3. Dengan pencalonan di SDA 2025, karier Anna melonjak ke peringkat serantau, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai ikon bakat Malaysia di mata dunia.

Anna Jobling berkongsi: “Saya benar-benar terkejut dan terharu dengan pencalonan ini. Ia merupakan satu penghormatan besar bukan sahaja untuk saya, tetapi juga untuk seluruh pasukan produksi ‘Hai Cinta, Dengarkanlah’. Sokongan daripada keluarga, rakan-rakan sepasukan, dan para peminat sentiasa menjadi sumber inspirasi saya. Saya berharap dapat membawa pulang kemenangan ini untuk Malaysia!”

“Saya sangat berterima kasih dan teruja dengan pencalonan ini. Ia bukan sahaja satu penghargaan untuk saya secara peribadi, tetapi juga satu kebanggaan buat Malaysia dan TV3 yang sentiasa menyokong karya seni tempatan. Saya akan lakukan yang terbaik untuk membawa nama Malaysia lebih tinggi di pentas antarabangsa,” tegas Anna.

Drama ‘Hai Cinta, Dengarkanlah’

Drama bersiri 28 episod ini menyajikan kisah penuh liku kehidupan dan percintaan yang tidak dijangka. Anna membawa watak Cahaya, seorang wanita yang dikejutkan dengan berita kematian suaminya, Firdaus (Nazrief Nazri), pada hari ulang tahun perkahwinan mereka. Ketika Cahaya sedang menghitung hari untuk menyambut kelahiran anak sulungnya, kebahagiaan yang diharapkan menjadi kenyataan musnah dalam sekelip mata. Lakonan penuh emosi dan mendalam Anna berjaya mencuri perhatian penonton, sekaligus membuka ruang buatnya di pentas antarabangsa.

Kempen Tonton : Koleksi Pujaan Hati & Drama Pukul 7 Eksklusif!

Menjelang SDA 2025, Tonton akan melancarkan kempen khas bertemakan “Koleksi Pujaan Hati”, menampilkan drama-drama terbaik TV3 lakonan Anna Jobling termasuk ‘Hai Cinta, Dengarkanlah’. Para peminat berpeluang menyaksikan semula lakonan memukau Anna Jobling sebelum malam kemuncak anugerah.

Sempena meraikan pencalonan berprestij ini, peminat juga boleh binge-watch ‘Hai Cinta, Dengarkanlah’ melalui koleksi khas “Koleksi Pujaan Hati” selain dari drama lakonan Anna yang lalu seperti ‘Kuih Muah’, ‘Dua Antara, I Love You, Stupid’ dan lain-lain lagi di Tonton. Mulai 25 September 2025, langgan menggunakan kod diskaun eksklusif “ANNAJOBLING” untuk menikmati tawaran ‘early bird’ selama 3 bulan pada harga RM20.

Selain itu, Tonton turut memperkenalkan program ganjaran istimewa di mana pelanggan bertuah yang melanggan akan menerima salinan tandatangan eksklusif drama Pukul 7. Untuk menyertainya, peminat hanya perlu log masuk ke akaun Tonton, kemudian melanggan pelan selama tiga bulan (opsyenal menggunakan kod eksklusif ANNAJOBLING), seterusnya pergi ke https://rewards.tonton.com.my/tonton dan klik pada tawaran berkenaan untuk menebus hadiah. Setelah itu, peminat dikehendaki mengisi borang penyertaan dan hanya perlu menunggu untuk dihubungi sebelum hadiah eksklusif dihantar terus kepada mereka.

Anna bakal berentap sengit dengan bintang-bintang Asia lain, menjadikan anugerah ini platform luar biasa bagi mengangkat bakat-bakat dari rantau ini. Jangan lepaskan peluang menyokong Anna Jobling dan saksikan perjalanan gemilangnya di Seoul! Ikuti perkembangan terkini di saluran rasmi TV3 dan Tonton.

Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama meraikan kejayaan anak Malaysia di pentas dunia! Ayuh, tunjukkan sokongan padu kita untuk Anna Jobling!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 7 Dec 2018

Final Piala AFF, Vietnam Airlines Tambah Penerbangan Ke Malaysia

Aksi final pertama antara Vietnam dan Malaysia berlangsung di Kuala Lumpur pada 11 Disember manakala final kedua empat hari kemudian di Stadium My Dinh Hanoi.

Trending Wed, 14 Mar 2018

Mia Ahmad Mohon Maaf, Umumkan Dirinya Sedang Hamil. Wah, Tahniah!

Impian pelakon cantik manis Mia Ahmad untuk memiliki cahaya mata bakal tercapai apabila dia mengumumkan bahawa dirinya sedang hamil. Mia yang mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan pada awal tahun lalu telah mengumumkan berita gembira itu di laman Instagramnya.

Hiburan Sun, 7 Apr 2019
Featured Tue, 28 Sep 2021

Kerajaan Tangguh Gelembung Pelancongan Ke Pulau Tioman Dan Genting Highlands

Kerajaan menangguhkan gelembung pelancongan domestik di Pulau Tioman dan Genting Highlands yang dilaporkan dibuka pada 1 Oktober ke satu tarikh akan dimaklumkan kelak. Menurut Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim, ia susulan kenyataan Perdana Menteri, […]

Hiburan Mon, 25 Nov 2019

Penyanyi K-Pop Goo Hara Ditemui Mati

Polis masih menyiasat punca kematian Goo.

Featured Fri, 19 Aug 2022
error: Content is protected !!