Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 23, 2025 @ 4:06pm

Bapa Makin Uzur, Amir Raja Lawak Rayu Stesen Televisyen Lunaskan Bayaran Hutang

Bagaikan menagih hutang di atas kerja keras yang telah dilakukan, pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak berharap agar baki bayaran tunggakan sebanyak RM18,000 itu dilunaskan segera.

Ia susulan keadaan bapanya, Azmi Deris yang semakin uzur dan memerlukan penjagaan teliti.

“Kalau dulu, bapa masih boleh bangun tetapi sekarang dia akan mudah terjatuh dan memerlukan pengawasan dari saya di rumah.

“Bapa juga pernah terhantuk di dinding dan terjatuh dari kerusi,” katanya.

Tambah Amir, dia enggan mengulas lanjut berhubung tindakan undang-undang yang diberikan oleh pihak stesen televisyen berkenaan memandangkan akan ada perbincangan lanjut  dengan orang tengah dan pihak yang terbabit dalam tempoh terdekat.

“Saya perlu lebih berhati-hati untuk keluarkan sebarang kenyataan mengenai isu tersebut,” jelasnya.

Dalam pada itu, Amir mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih terhadap sumbangan yang diberikan oleh rakan artis.

“Ramai rakan artis yang bantu, tapi mereka tidak mahu didedahkan nama.

“Dan saya juga tidak mengetahui berapa jumlah wang yang mereka berikan kerana sumbangan dikreditkan terus ke akaun bapa,” kongsinya.

Terdahulu, Amir memaklumkan, keadaan bapanya kini sedikit membimbangkan kerana air kencingnya juga berdarah disebabkan luka.

Justeru,  dia memerlukan wang tersebut bagi membiayai kos rawatan bapanya yang kini menghidap sakit kanser usus.

ARTIKEL BERKAITAN:Amir Raja Lawak Dedah Keadaan Bapa Membimbangkan – “Saya Yakin Allah Tak Uji Lebih Dari Kemampuan”

ARTIKEL BERKAITAN:“Cukup-Cukuplah Malukan Title ‘Ustaz’” – Amir Raja Lawak Dedah Bukti Perbualan, Terkilan Ustaz Tido Tunggang Masalah Peribadi

ARTIKEL BERKAITAN:Bapa Hidap Kanser Usus, Amir Raja Lawak Gesa Stesen TV Segera Bayar RM18,000!

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Fri, 14 Jul 2023
Trending Fri, 13 Nov 2020
Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Sahara Yaacob Dilantik Presiden PERTAMAS, Tahniah!

” Doa kami telah dimakbulkan. Lets spread the word, the happiness for all Malaysian Musician…Alhamdulillah Bonda…inilah jawapannya,” tulisnya.

Hiburan Mon, 14 May 2018

众人为「大众妈咪」黎明姨庆最后的母亲节

拿督黎明设灵第2天适逢母亲节,黎明姨子女特地与公众一起为这位大马人三代集体回忆的“大众妈咪”庆祝她人生最后一个母亲节,场面温馨又伤感。其子女齐称黎明姨是一位“超级妈妈”,长媳更指黎明姨是世上无可取代的家婆!

Featured Fri, 18 Aug 2023

[VIDEO] Sweet! Sharnaaz Ahmad Sambut Birthday Amelia Christie, Telatah Jebat Jayden Curi Perhatian

Alahai sweetnya tengok Amelia layan Jebat Jayden, comelll je terbaiklah Mamu 🤪🤪

Trending Wed, 23 Sep 2020
Hiburan Wed, 25 Mar 2026

“Bila Raya Terus Jadi Orang Kampung, Seronok Pusing Naik Motor” – Areef Amran Kongsi Rutin Sambut Aidilfitri

Areef bagaimanapun merasakan dirinya masih belum begitu dikenali ramai, namun sentiasa terbuka untuk beramah mesra dengan peminat jika ditegur.

Trending Fri, 1 May 2020
error: Content is protected !!