Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 27, 2025 @ 9:07am

Dari Busking Kini Seorang Juara! Jom Imbas Perjalanan Pemenang #XTRAXSTAR2024! Nantikan Musim Kedua Bermula September Ini

Program realiti digital paling hangat, XTRA XSTAR musim pertama, melabuhkan tirai pada 25 Oktober 2024 dengan menobatkan bintang baharu, Zahra, 19, sebagai juara.

Siapa sangka gadis muda yang memulakan perjalanan muziknya hanya melalui busking, kini melangkah yakin dalam industri seni di bawah naungan Alternate Records & Talent.

Finale XTRA XSTAR 2024 berlangsung penuh sengit apabila Zahra memukau barisan juri dan penonton dengan persembahan luar biasa menerusi lagu ikonik I Surrender nyanyian Celine Dion, sekali gus menewaskan lima finalis lain.

Lebih manis, kemenangan ini disusuli pelancaran single debut berjudul Janji Padamu yang kini boleh didengari di semua platform digital.

Lagu ciptaan Amsyar Sabri dan Emeer Bakri itu sarat dengan emosi, sekali gus menjadikannya karya yang cukup dekat di hati Zahra.

“Saya bersyukur dengan peluang ini dan platform XTRA XSTAR benar-benar membuka jalan untuk saya melangkah lebih jauh dalam industri,” kata Zahra yang berasal dari Kajang.

Bermula sebagai program digital, XTRA XSTAR musim pertama menampilkan enam peserta berbakat dengan barisan juri tetap hebat iaitu Marsha Milan dan Afif Tirmizie.

Selepas kejayaan musim pertama, XTRA kini bersiap sedia untuk kembali dengan XTRA XSTAR Musim Kedua!

Menariknya, sama seperti musim lalu, peserta hanya perlu menghantar penyertaan melalui platform media sosial tanpa perlu hadir ke mana-mana uji bakat fizikal.

Jadi jangan ketinggalan, penyertaan XTRA XSTAR Musim Kedua bakal dibuka tidak lama lagi dan sesiapa sahaja yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dipelawa untuk mencuba nasib.

Pastikan anda ikuti perkembangan terkini di portal xtra.com.my serta semua platform media sosial rasmi supaya tidak terlepas sebarang maklumat penting.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 Apr 2024

“Memang Tak Ada Rupa Manusia Kalau Dapat Ni”- Neelofa Panas Hati, Titip Komen Isu Pengasuh Biadab Dera Kanak-Kanak

Mau tak geram! Kalau tengok budak tu kena pukul hati ni pun auto panassss je tengok maid dia🔥🔥🔥

Featured Mon, 9 Jan 2023

Keluarga Syamsul Tak Akan Maafkan Kazar Saisi – Patimah Ismail

Kami terima takdir yang telah berlaku kepada anak kami yang malang itu – Ibu Syamsul Yusof

Featured Thu, 12 Mar 2026

Pernah Digelar Tak Popular, Zara Zya Dedah Identiti Pelakon Didakwa Perlekeh Dirinya – “Huruf ‘J’ Yang Dimaksudkan Bukan Janna Nick”

Zara Zya dedah individu yang disebut sebagai ‘J’ menerusi hantarannya di platform Threads bukanlah Janna Nick.

Hiburan Sun, 22 Apr 2018

Ain Edruce Bercinta Dengan Kerabat Diraja?

Perkenalan tersebut dikatakan bermula dari dua tahun lepas itu melalui instagram miliknya. Walaupun belum bersedia mendedahkan identiti kerabat diraja berkenaan, Ain mengakui selesa berkawan dengannya.

Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Walau Sibuk Dengan Penggambaran Filem Di Korea, Jaa Suzuran Tetap Komited Urus Sukan Pertarungan

Sepanjang penggambaran filem Tiket Sehala, mental dan fizikal Jaa Suzuran sentiasa bekerja keras membahagikan fokus antara lakonan dan komitmen menguruskan sukan tempur.

Featured Tue, 22 Jun 2021

Kebenaran Rentas Negeri 2021 Dijangka Bermula Pada…

Berdasarkan statistik yang dikongsikan di laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pada Isnin, Malaysia kini telah mencapai tahap 100 peratus sasaran vaksinasi di Selangor dan Putrajaya. Justeru, ramai yang mempersoalkan mengenai kebenaran […]

Hiburan Fri, 29 Jun 2018

Sajat Sudah Berani Tunjuk Te***?

Amboii,, Sajat berani betul tunjuk aset dekat peminat kan?

Trending Mon, 22 Aug 2022

“Kan Comel Pakai Tudung” – Usop Mohon Doa Agar Isteri Berhijab Dengan Sempurna

Penyanyi, Usop yang bergelar suami kepada Nur Fatihah Md Hasim pada Februari lalu kini dilihat semakin bahagia bersama isteri tercinta lebih-lebih lagi bakal menerima orang baru dalam hidup. Terbaharu, selebriti yang menempa nama menerusi rancangan […]

Featured Tue, 22 Nov 2022

[VIDEO] Amelia Henderson Jadi Orang Tengah, Zahirah Macwilson Dedah Cara Mengorat Aiman Hakim

Cute je dorang ni! Selalu kalau perempuan ngorat dulu selalu onz kan

Hiburan Wed, 7 Jan 2026

Terlalu ‘Clean’ Sampai Disisih? Adriana Adnan Dakwa Industri Mahu Kontroversi, Bukan Bakat – “Kepada Yang Cari Kekurangan Saya, Semoga Berjaya”

Adriana Adnan tetap bersyukur dengan sokongan individu sekeliling yang sentiasa mempercayai bakatnya

error: Content is protected !!