Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 28, 2025 @ 11:38am

Aliff Syukri Dibebaskan Dari Empat Pertuduhan Babitkan Video Sumbang – “Biar Allah Sahaja Yang Membalas”

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri bersyukur apabila video sumbang membabitkan lagu ‘Kelepok Raya’ tiga tahun lalu akhirnya selesai.

Kata Aliff, dia gembira dan berasa lega dengan keputusan mahkamah yang melepas dan membebaskannya atas empat pertuduhan itu.

“Akhirnya kes ini berpihak kepada saya.

“Selama hampir tiga tahun, saya ‘berlawan’ dalam kes ini dan ia bukanlah satu perkara yang mudah.

“Sejujurnya, saya tidak sangka boleh menang hari ini. Kalau saya kalah, saya kena bayar (denda) sehingga RM200,000,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Instagram, Aliff menyifatkan kes ini adalah hasil perasaan dengki dan cubaan menjatuhkannya.

Namun, dia berharap agar tindakan tidak bertanggungjawab pihak terbabit dibalas dengan adil.

“Sebenarnya, ada orang dengki dan nak kenakan saya. Tapi Allah SWT maha besar.

“Kepada mereka yang cuba mengenakan saya, Allah ada biar Dia saja yang balas. Biar video berbicara akhirnya kes  yang ditunggu hampir tiga tahun selesai.

“Dan Papa tidak disabitkan kesalahan. Ramai orang yang nak cuba sebotaj Papa tapi Allah mah maha berkuasa. Terima kasih kepada anda semuayang telah menyokong saya berhubung kes ini,” jelasnya.

Terdahulu, muzik video berdurasi 5 minit 23 saat pada 2022 itu menimbulkan kontroversi dan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat apabila memaparkan aksi keterlaluan beberapa orang penari lelaki lembut yang disifatkan mencemari sambutan perayaan Aidilfitri serta mempunyai elemen lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

 

Sumber: Harian Metro, Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Aug 2022

“Saya Mengaku Itu Saya” – Tak Kisah Dilabel G*y, Dr Say Terima ‘Hadiah’ Lumayan Ketika Sertai Pertandingan…

Eh betul ke Dr Say Gay? Tapi… kalau dapat hadiah lumayan, siapa je yang tak nak 👀🤣

Hiburan Wed, 20 May 2026

“Balik Kerja Dah Tak Kena Soal” – Nabil Ahmad Kongsi Perubahan Drastik Isteri Selepas 13 Tahun Kahwin

Nabil turut sempat berseloroh apabila mengakui dia turut berasa risau dengan perubahan ketara ditunjukkan isterinya itu.

Featured Tue, 21 Dec 2021

Finalis Lagu Cinta Kita 3 Bakal Bawa Kejutan Di Pentas Akhir

Pada Ahad yang lalu, kita sudah menyaksikan empat pasangan Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berjaya mara ke pentas akhir yang akan berlangsung 26 Disember ini. Empat pasangan yang akan beraksi di pentas akhir nanti ialah […]

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Doakan Abby Abadi…

Inshaa Allah malam ni akan diusahakan sekali doa selamat beserta solat hajat untuk kesembuhan Mama Aamiin Ya Rabb

Featured Tue, 9 Sep 2025
Events Fri, 20 Dec 2024
Hiburan Thu, 31 May 2018

Anak Lan Solo Bakal Dibedah Hari Ini

Anak keempat penyanyi Lan Solo, Nur Amna Quxandra yang mengalami clift lip atau sumbing bibir agar pembedahan anaknya itu berjalan dengan lancar.

Hiburan Tue, 21 Nov 2023
Hiburan Wed, 14 Jan 2026

“Kenapa Kau Akhirnya Lafaz Cerai Juga?” – Ciapan Raih Tumpuan, Uqasha Senrose Didakwa Persoal Tindakan Kamal Adli

Uqasha turut menegaskan tindakannya berdiam diri sebelum ini tidak seharusnya disalah tafsir

Featured Thu, 26 Apr 2018

Kecederaan Di Kaki Punca Bagaimana Ummi Nazeera Tahu Dirinya Hamil

Perkhabaran gembira berhubung kandungannya yang memasuki empat bulan dikongsi pelakon Ummi Nazeera, 28, semalam, melalui akaun Instagram miliknya.

error: Content is protected !!