Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 28, 2025 @ 4:12pm

Sherry Ibrahim Dah Lama Berdamai Dengan Takdir, Minta Netizen Henti Ungkit Kisah Lalu – “Jangan Sakiti Saya”

“Saya dah lama berdamai dengan masa lalu, kenapa masih ada yang tak boleh?”

Demikian luahan pelakon, Sherry Ibrahim yang kecewa apabila kisah lamanya kembali diungkit sehingga menjadi mangsa kebencian di media sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Sherry menegaskan dia sudah lama menerima takdir, selain turut berharap orang ramai berhenti menyebarkan cerita yang tidak benar mengenai dirinya.

“Cerita lama itu anda pun tak tahu sepenuhnya. Ia hanya menyakitkan dan menambah kebencian yang tak perlu.

“Semua orang ada masa lalu, tapi itu bukan alasan untuk anda guna kisah itu sebagai senjata. Jangan sakiti saya hanya untuk puaskan rasa negatif dalam hati,” katanya.

Menurut Sherry, status dirinya yang masih belum berkahwin juga bukan kayu ukur kebahagiaan seseorang.

“Tak semestinya belum berkahwin bermakna saya tak bahagia. Kalau saya boleh berdamai dengan masa lalu, kenapa anda tak boleh?

“Saya harap sesetengah daripada anda yang ‘haters’ boleh buka hati untuk tunjuk empati, bukan kebencian. Hanya Allah SWT yang menentukan apa yang terbaik untuk saya.

“Saya reda dan berserah. Saya juga selalu doakan yang terbaik untuk semua, dan sentiasa percaya pada takdir dan proses dari Allah SWT. Hanya Allah yang menentukan segalanya. Sumpah sedih dan penat,” jelasnya.

Sherry turut meminta masyarakat agar menumpukan perhatian pada isu-isu lebih penting berbanding menyerang kehidupan peribadi orang lain.

“Banyak perkara besar berlaku di Malaysia dan dunia. Kenapa pilih untuk sebarkan kebencian? Jadilah manusia lebih matang dan positif. Hentikan semua perkara mengarut ini,” tegasnya.

Dalam hantaran sama, Sherry tidak lupa berterima kasih kepada peminat setia yang sentiasa mendoakan dan memberi sokongan kepadanya.

“Untuk semua yang masih bersama saya dengan kasih sayang, terima kasih. Saya sangat hargai,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim)

Terdahulu, Sherry pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktor popular, Fattah Amin pada 2014 sebelum berpisah pada 2016.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pertemuan Penuh Hikmah, Sherry Ibrahim Sebak Bertemu Semula Dengan Adik Fattah Amin – “Dia Cakap Rindu & Kami Terus Berpelukan”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 1 Aug 2020
Hiburan Fri, 8 May 2026

Aepul Roza, Aweera & Fiq Halim Bersatu Dalam ‘Konsert Trilogi’ 18 Julai Ini!

Aepul Roza, Aweera dan Fiq Halim bakal disatukan menerusi Konsert Trilogi yang dijadual berlangsung pada 18 Julai depan!

Featured Thu, 26 Jan 2023
Trending Sat, 9 Mar 2024
Featured Mon, 1 Dec 2025
Hiburan Thu, 31 May 2018

Anita Sarawak Kini Hidap Kanser?

Sebelum ini, Anita Sarawak atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Nita juga dikatakan sudah berhenti dari karier nyanyiannya dan menjual rumah beliau di Las Vegas

Featured Tue, 20 Sep 2022
Hiburan Mon, 22 Jan 2018

3 WANNA ONE FANS ARRESTED AND DETAINED BY MALAYSIAN GOVERNMENT!

Three Wannables detained in Malaysia for four days prior to Wanna One’s fan meting due to selling their self-produced goods at the fan meeting. Click in to see more info.

error: Content is protected !!