Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 30, 2025 @ 12:07pm

“Melampaui Batas” – Shuk Sahar Nafi Enggan Beri Kerjasama, Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

Pelawak kontroversi, Shuk Sahar, akhirnya bersuara selepas timbul dakwaan dia enggan memberi kerjasama dalam urusan pendaftaran perkahwinan dan pengesahan perceraian.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shuk atau nama sebenarnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar, 39, menjelaskan dia sebenarnya memilih untuk berdiam diri kerana mahu menyelesaikan isu rumah tangga secara tertutup.

“Selama ini saya berdiam diri kerana mahu perkara peribadi ini diselesaikan dengan cara baik. Tapi bila ia sudah melampaui batas hingga keluarga dan anak-anak saya turut terpalit, saya tidak boleh lagi hanya berdiam diri,” katanya.

Shuk menjelaskan isu yang timbul, termasuk pengesahan nikah dan status perceraian itu masih berada dalam proses mahkamah.

Shuk turut memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang kerana mendakwa tuduhan yang dilemparkan sudah jauh keterlaluan.

“Saya harap semua pihak jangan buat spekulasi, komen atau andaian mengenai perkara yang masih belum diputuskan mahkamah.

“Hormatilah institusi kehakiman dan elakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan maruah serta reputasi mana-mana pihak,” tegasnya lagi.

Untuk rekod, Shuk dan isteri, Fara Salleh bernikah pada November 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Elaine Nada, pada 26 Jun lalu.

Namun, Fara mendakwa dia sudah diceraikan melalui kiriman suara telefon ketika Shuk berada di Thailand.

Sebelum itu, Shuk pernah mendirikan rumah tangga bersama Rossa Sera, tetapi berpisah pada 22 Mac 2023. Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai dua orang anak, Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 31 Oct 2019

Penyanyi Popular Ini Sebenarnya Protege Black?

Jangan lupa saksikan Mentor Milenia 2019 Ahad ni tau?

Events Fri, 25 Oct 2019

黄启铭因「饭盒」回归电视圈!张惠虹复出拍剧压力大

久违两年没接拍电视剧的黄启铭自爆因想念「饭盒」所以回归电视圈;而当了4年家庭主妇的「视后」张惠虹,终于也忍不住复出拍剧,直呼压力大!

Hiburan Sat, 24 Dec 2022
Trending Wed, 30 Dec 2020

KWSP Dijangka Mampu Beri Dividen 5 Peratus

Dengar penjelasan penganalisa..

Featured Fri, 19 Aug 2022

Gara-Gara Muka Tertutup Dengan Kain Lampin, Bayi Berusia 4 Bulan Temui Ajal

Allahuakbar sedihnya… Apapun salam takziah untuk keluarga mangsa 🥀

error: Content is protected !!