Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 1, 2025 @ 3:03pm

Kota Ini Tak Sama Tanpamu Kolaborasi Istimewa Malaysia, Indonesia & Brunei

Dunia muzik Asia Tenggara disajikan dengan satu kerjasama bersejarah apabila tiga artis muda berbakat, Nadhif Basalamah dari Indonesia, Aisha Retno dari Malaysia dan Aziz Harun dari Brunei, bergabung menghasilkan single terbaru berjudul “Kota Ini Tak Sama Tanpamu”.

Lagu penuh emosi itu kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital utama, termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music.

Dicipta bersama pada tahun 2024, karya ini lahir secara spontan ketika kunjungan singkat Nadhif ke Kuala Lumpur sempena Aidiladha. Tanpa dirancang, pertemuan santai beliau bersama Aisha dan Aziz di studio Faithful Music mencetuskan idea untuk menulis lagu yang kemudian dirakam dengan sentuhan penerbit terkemuka Indonesia, Petra Sihombing.

Rakaman awal dijalankan di Bali sebelum disempurnakan secara berasingan di negara masing-masing. Petra, yang pernah bekerjasama dengan nama besar seperti Raisa, Isyana Sarasvati dan Bernadya, memberi nafas moden dan segar kepada produksi lagu ini, menjadikannya sebuah karya pop kontemporari yang sarat emosi.

Menurut Aziz Harun, lagu tersebut membangkitkan kenangan manis beliau di Kuala Lumpur.

“Secara peribadi, lagu ini buat saya teringat semua kenangan indah bersama kawan-kawan rapat di KL, saat kita tak mahu hari tersebut berakhir. Sebagai seseorang yang baru tinggal di sini, saya sedar KL mempunyai pesona yang sangat istimewa,” katanya.

Bagi Nadhif, kolaborasi ini terhasil secara natural dan tidak dijangka.

“Waktu itu saya cuma mahu menghabiskan masa di KL sambil menulis lagu bersama kawan baru. Tak sangka idea kecil di studio itu berkembang menjadi sebuah lagu yang kini menghubungkan tiga negara,” jelasnya.

Aisha Retno pula menyifatkan pengalaman bekerjasama sebagai sesuatu yang dekat di hati.

“Bekerja dengan Nadhif dan Aziz memang rasa macam pertemuan kawan lama walaupun ini kali pertama kami bertiga berkolaborasi. Lirik lagu ini ada rasa manis dan sedikit ‘cheeky’, bila seseorang cuba memujuk untuk sambung cuti di kota itu,” katanya.

Dengan melodi yang segar, lirik menyentuh hati serta harmoni vokal yang berpadu indah, “Kota Ini Tak Sama Tanpamu” diyakini mampu meraih perhatian peminat di seluruh rantau.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Aug 2021

#JusticeForBella, Pengasas Rumah Bonda Bakal Didakwa Di Mahkamah

Isu penderaan seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down, Bella yang tular di media sosial dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan dikenali Rumah Bonda masih belum menemui titik penamat. Terbaru, suspek utama kes penderaan Bella yang juga […]

Hiburan Sat, 30 Jun 2018

Bront Palarae Perlukan RM 2 juta Untuk Naskah Inspirasi

Bajet yang diperlukan untuk filem ini adalah sekitar RM4.4 juta, tetapi kami hanya memerlukan RM2 juta sumbangan ikhlas daripada peminat dan orang awam di luar sana.

Featured Mon, 14 Jun 2021

Beri Kelonggaran Keluarkan i-Sinar Secara Bersasar – Pakar Ekonomi

Kelonggaran untuk mengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Sinar 2.0 secara bersasar kepada golongan yang terkesan wajar dilakukan oleh kerajaan. Menurut Pakar Ekonomi Asia e University, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, KWSP perlu […]

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

Zara Zya Akui Majlis Pernikahan Tidak Akan Berlangsung?

Kita doa yang baik-baik sahaja okay!

Hiburan Tue, 24 Feb 2026
Hiburan Sun, 28 Jan 2024
Hiburan Mon, 5 Nov 2018

Terbaiklah! Joe Flizzow Diiktiraf Artis Terbaik Asia Tenggara

Hebat… selepas Nabil Ahmad, giliran Joe Flizzow pula mengharumkan nama negara. Tahniah Joe Flizzow!

Hiburan Fri, 18 Oct 2019
Hiburan Tue, 17 Mar 2026

“Mungkin Usaha Ini Kecil Pada Pandangan Manusia, Tapi..” – Redah Hujan Bersama Pelajar, Rita Rudaini Jayakan Program CSR Ramadan

Rita Rudaini turun padang secara sukarela bagi menjayakan program khidmat masyarakat bersama pelajar MRSM.

error: Content is protected !!