Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 3, 2025 @ 11:58am

Rashidi Ishak Tegur Netizen Pertikai Rakyat Malaysia Beri Bantuan Pada Indonesia – “Kenapa Nak Triggered, Belajar Lebih Mengasihi”

Pelakon dan pengarah, Rashidi Ishak meluahkan rasa kesalnya apabila terdapat segelintir netizen yang kurang senang dengan tindakan rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kepada penduduk Indonesia.

Menerusi hantaran di Threads, pelakon drama rantaian popular TV3, Kampung People itu tampil menegur tindakan tersebut yang dianggap sebagai tiada empati terhadap kesusahan yang dialami orang lain.

“Kenapa yang awak triggered sangat dengan orang nak yang order makanan grab hantar kat Indonesia tu?

“Awak mesti jenis yang bila orang datang dekat meja awak nak jual tisu… awak tak pandang dia pun kan? Belajarlah jadi lebih mengasihi,” katanya.

 

View on Threads

 

Manakala, menerusi hantaran berlainan pula, Rashidi turut menegaskan bahawa tindakan menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkesan di negara jiran bukanlah bertujuan menyokong tindakan perusuh yang terlibat sebaliknya, mahu meringankan beban penduduk dan pekerja-pekerja penghantar makanan di sana.

“Kita bantu mereka yang memerlukan. Tindakan ini bukan menunjukkan yang kita (rakyat Malaysia) menyokong perusuh.

“Jadi, tolonglah jangan nak buat kecoh. Disebabkan hal sebegini lah yang buatkan kita tidak aman. Jadi hentikan perangai toksik,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 23 Mar 2025
TECH Thu, 17 May 2018

Kawal Aktiviti & Berhenti Menonton Ikut Waktu Dengan Ciri Baru YouTube Ini

Take A Break antara applikasi terbaru dari Youtube kawal aktiviti & berhenti menonton ikut waktu

LIFESTYLE Thu, 13 Sep 2018
Acara Thu, 26 Jul 2018

Booth Hijab & Heels Tawar Banyak Aktiviti Dan Hadiah Menarik. Jom Serbu!

Booth HIjab & Heels menawarkan pelbagai hadiah menarik serta aktiviti yang pasti mengujakan semua!

Featured Tue, 17 May 2022
Hiburan Tue, 15 Apr 2025
Featured Wed, 1 Nov 2023
Trending Wed, 23 Jun 2021
Featured Wed, 26 Mar 2025

Anggap Anak Lebih Sayangkan Pengasuh, Atikah Suhaimie Terasa Hati? – “Bila Mulan Dengan Pengasuh Tak Nangis Pun”

Menerusi perkongsian di TikTok, aktres berusia 34 tahun itu meluahkan rasa sedihnya apabila tidak mampu menenangkan anaknya sendiri.

error: Content is protected !!