Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 3, 2025 @ 2:18pm

Terpaksa Tunda Tayangan Filem Sukma, Anna Jobling Titip Doa Moga Indonesia Segera Sembuh – “Jakarta Bagai Rumah Kedua Saya”

Pelakon jelita, Anna Jobling mengakui dia terpaksa menangguhkan perjalanannya ke Indonesia yang dijadualkan hari ini berikutan gelombang rusuhan secara besar-besaran yang berlaku di negara itu.

Kata Anna, tayangan perdana filem Sukma lakonannya juga terpaksa ditunda atas faktor-faktor keselamatan selain merasakan tayangan filem adalah tidak wajar dilakukan pada ketika negara sedang bergolak.

“Sebenarnya saya dijadualkan pergi ke sana (Indonesia) untuk filem premier, Sukma dekat sana. Tapi terpaksa ditunda sebab sekarang ni seperti yang kita tahu keadaan di sana tidak selamat dan ramai juga nak keluar dari Indonesia jadi, kita ni yang nak pergi sana sangat lah tidak masuk akal.

“Dan melakukan filem premier diwaktu ini sangat tidak sesuai. Tapi, saya cuma nak cakap, semoga Indonesia cepat sembuh.

“Lagipun Jakarta adalah rumah kedua saya. Hampir setiap bulan saya akan berada di sana. Jadi, bila saya melihat perkara ini saya sangat sedih. Saya doakan semoga cepat sembuh,” katanya.

Anna atau nama penuhnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman Jobling, 25,  berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan episod ke-27 drama Setia Itu Mahal di Kelab Darul Ehsan, Ampang Jaya, pada Selasa.

Dalam pada itu, ketika disoal mengenai gerakan bantuan yang dihulurkan rakyat Malaysia kepada warga Indonesia, Anna meluahkan rasa bangganya terhadap sikap empati yang ditunjukkan masyarakat di negara ini.

“Saya sangat bangga sebagai seorang rakyat Malaysia yang kita tolong negara jiran kita.

“Walaupun kita sering bertelagah dengan hal-hal kecil, tapi ini adalah hari yang penting untuk kita offer our help. Dan ada rasa empati terhadap mereka.

“Malah rakyat Thailand dan Singapura juga turut memberikan sokongan,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANNA JOBLING (@annajobling)

Dalam perkembangan lain, Anna berpuas hati dan gembira dengan sambutan luar biasa yang diterimanya menerusi drama bersiri 28 episod, Setia Itu Mahal arahan Jamal Khan.

Jelasnya, meskipun tidak meletakkan harapan terlalu tinggi ketika menjayakan drama tersebut, namun dia gembira kerana lakonannya mendapat respons positif dalam kalangan peminat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Thu, 23 Apr 2026

Teaser Raih 3 Juta Tontonan Dalam Masa Kurang 24 Jam, Filem ‘Polong’ Buat Netizen Tak Senang Duduk

Filem seram Polong mula mencuri perhatian walaupun belum ditayangkan di pawagam apabila teaser rasminya berjaya meraih lebih 3 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam selepas dilancarkan.

Kisah Viral Sat, 20 Jan 2024
Hiburan Tue, 7 May 2019

Adele Janji Lebih Kejutan Tahun Ini, Bakal Tampil Lagu Tentang Penceraian?

Sentiasa menjadi terbaik pada diri sendiri, ambil masa untuk semua benda, letak telefon anda di tepi seketika dan ketawalah sepuasnya

Trending Sat, 11 Sep 2021

Dana Perniagaan Berjumlah RM200,000 Menanti Pendengar Bertuah Buletin FM

Selepas transformasi baharu yang dilakukan oleh Buletin FM, kini stesen radio di bawah Media Prima Audio bakal menampilkan kempen menarik buat pendengar setia iaitu Usahawan Buletin FM. Buletin FM tampil dengan kempen yang lebih memfokuskan […]

Featured Tue, 7 Sep 2021

Doa Ebit Lew Sahkan Spekulasi Kehamilan Intan Ladyana

Desas-desus mengenai kehamilan aktres Intan Ladyana, 39, bertiup kencang dalam kalangan peminat industri hiburan baru-baru ini. Nampaknya persoalan itu terjawab selepas pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) menitipkan doa buat anak dalam kandungan pelakon itu […]

Trending Fri, 8 Jan 2021
Featured Fri, 12 Jan 2024

Ismail Izzani Kemalangan, Tunggang Motosikal Berkuasa Tinggi

Moga takde kecederaan serius lah kan…

Trending Fri, 5 Jul 2019

Ingat Ponteng Di Denda Melutut Atas Bara Kayu

Si Ibu arag anak supaya melutut diatas kayu api yang sedang dibakar . Aduh kesiannya!

error: Content is protected !!