Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 3, 2025 @ 10:49pm

Terkenal Dengan Content Paranormal, Pernah Cuba Nasib Dalam Bidang Nyanyian… Kini Bosswan & Syaffiq Sahli Teroka Bidang Baharu

Kesibukan sebagai pencipta kandungan paranormal di TikTok tidak menghalang dua selebriti media sosial popular, Bosswan dan Syaffiq Sahli mencuba bidang baharu.

Pernah mengasah bakat sebagai penyanyi menerusi pertandingan Raise The Star dan Gimme The Mic, Bosswan dan Syaffiq masih meneruskan penghasilan kandungan misteri di malam hari.

Biarpun sibuk menghasilkan konten paranormal pada waktu malam dan pada masa sama menguruskan pelbagai cabang perniagaan, Bosswan dan Syaffiq kini meneroka bidang perniagaan apabila menjalin kolaborasi dengan jenama perabot tempatan, Empire Reka cawangan Klang.

Lebih manis lagi, mereka baru sahaja diumumkan sebagai duta serta pemegang saham rasmi di cawangan tersebut.

Bagi Syaffiq yang turut aktif berlakon, penglibatan ini bukan sekadar kerja sambilan tetapi satu peluang besar untuk membina kerjaya yang lebih kukuh dalam bidang perniagaan.

“Kami sudah tetapkan sasaran untuk Empire Reka. Pada waktu siang kami tumpukan perhatian sepenuhnya kepada Empire Reka, manakala malam pula dengan kandungan paranormal.

“Walaupun kadang-kadang tidur lewat sampai jam 5 atau 6 pagi, jadual tetap kami susun supaya ada masa khas untuk Empire Reka Klang. Kami juga ada pasukan lengkap dengan peralatan untuk hasilkan konten video yang boleh jadi sumber pendapatan tambahan,” kata Syaffiq.

Dalam pada itu, Bosswan pula menekankan pendekatan kreatif dalam memperkenalkan produk kepada orang ramai.

“Tak semestinya kena berada di kedai setiap hari. Kalau kami buat live malam dan letakkan produk Empire Reka sebagai prop, itu juga cara pemasaran. Yang paling penting orang tahu Empire Reka ada kilang sendiri dengan produk yang berkualiti,” jelasnya.

Empire Reka Klang bukan sekadar menawarkan sofa, tilam atau kerusi, malah mempunyai kilang sendiri yang mampu menghasilkan rekaan tempahan khas serta identiti dalaman eksklusif.

Mengulas lebih lanjut, Syaffiq dan Bosswan menyifatkan pelantikan ini sebagai satu langkah besar untuk membina legasi bersama.

“Bagi kami, ini lebih daripada sekadar kolaborasi. Ia adalah langkah penting untuk sama-sama membina legasi dengan Empire Reka. Kami percaya kerjasama ini akan membuka ruang lebih luas untuk berkarya, berinovasi dan pada masa yang sama mengangkat jenama tempatan ke peringkat lebih tinggi,” ujar mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Feb 2023
Hiburan Fri, 25 Aug 2023
Featured Tue, 14 Dec 2021

Bahayanya! Netizen Bengang Ibu Bapa Biarkan Anak Bermain Di Belakang Trak Pikap Semasa Memandu

Tindakan cuai ibu bapa membiarkan kanak-kanak duduk atau berdiri di dalam cab terbuka di belakang trak pikap mengundang bahaya. Tindakan itu boleh membuatkan kanak-kanak terjatuh pada bila-bila masa, terutamanya semasa kenderaan sedang bergerak. Walaupun sebelum […]

Drama Tue, 31 Jan 2023
Featured Thu, 7 Aug 2025
Featured Tue, 20 Sep 2022
Featured Mon, 24 Jan 2022

Akibat Penggal Kepala Ibu, Suspek Kini Berdepan Hukuman Gantung

Baru-baru ini bapa kepada suspek yang dipercayai memenggal kepala ibunya pada 15 Januari lalu di kediaman mereka yang terletak di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor dikatakan telah memaafkan perbuatan anaknya itu. Namun, harini Mahkamah […]

Hiburan Fri, 19 Aug 2022
Trending Thu, 14 Jan 2021

PKP Bakal Dilanjutkan?

janganlah…

error: Content is protected !!