Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 8, 2025 @ 10:39am

Zizi Kirana Bidas Netizen Pertikai Selebriti Sertai Misi Kemanusiaan #GlobalSumudFlotilla

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang mempertikaikan beberapa selebriti yang menyertai misi ke Gaza.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Zizi atau pemilik nama sebenar, Nur Fazelah Mad Tahil, 40, mengakui kecewa dengan tahap pemikiran netizen yang dianggap tidak wajar itu.

“Tiba-tiba rasa nak nyanyi lagu ‘Eh’. Sebelum ni memang malas nak layan orang-orang yang pertikaikan keberadaan kami.

“Sedikit kecewa dengan pemikiran orang-orang yang tak habis dengan pertikaian, pertikai kenapa artis pergi misi, belum lagi ada yang pertikai hukum wanita pergi misi.

“Dah terang-terang mufti bagi jawapan tak nak dengar. Alangkah lebih baik kita sama-sama fokus dengan misi nak bantu Gaza,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan platform Threads, isteri kepada aktor Yusof Bahrin ini meluahkan rasa syukur apabila kapal yang dinaiki dalam misi #GlobalSumudFlotilla telah tiba di Tunisia.

 

View on Threads

 

Selain Zizi, selebriti wanita yang turut menyertai misi tersebut adalah pelakon, Ardell Aryana.

Sekadar info, sebanyak 24 kapal daripada 44 negara merangkumi 1,000 peserta antarabangsa termasuk Malaysia menuju ke Gaza berlepas dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol.

Artikel Berkaitan: Anak Mimpi Syurga Sebelum Ardell Aryana Berangkat Ke Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 7 Jul 2019

‘Kalau Boleh Anak Perempuan Kali Ini’- Saharul Ridzuan

Insha Allah rezeki Tuhan tak kemana.

Hiburan Sat, 27 Oct 2018

Afgan – Rossa Sebenarnya Dah Kahwin?

Wow…Pasangan berbeza usia 11 tahun ini memilih bernikah dalam sebuah majlis tertutup. Biar betul?

Featured Sat, 27 Jul 2024

Kongsi Pengalaman IVF, Tunku Azizah Dedah Siti Nurhaliza Hampir Hilang Nyawa!

Allahu! Sebak pula dengar perkongsian Tunku dan Tokti😭❤️

Trending Sat, 10 Sep 2022

“Saya Sering Pengsan & Tak Kuat…” – Acha Septriasa Dedah Hidup Dengan Satu Buah Pinggang

Siapa yang kerap sakit pinggang tu bolehlah dapatkan rawatan segera

Featured Thu, 24 Apr 2025

“Saya Tidak Mahu Memanjangkan Fitnah”- Siti Nurhaliza

persembahan tersebut adalah atas dasar menghargai warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

error: Content is protected !!