Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 8, 2025 @ 10:24am

Hamil 4 Bulan, Alif Satar Bangga Isteri Berjaya Tamatkan Larian 10 Kilometer

Pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar meluahkan rasa bangga apabila isterinya, Shadila Halid, 41, berjaya menamatkan larian sejauh 10 kilometer pada acara Boom Run yang berlangsung baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instgaram, Alif bersama tiga orang anaknya kelihatan setia memberikan sokongan buat isteri tercinta ketika sedang menyertai larian berkenaan.

Menganggap pencapaian isterinya itu sangat memberikan inspirasi, Alif berkata, keadaan Shadila atau lebih mesra disapa Shad yang kini berbadan dua tidak menghalangnya untuk menamatkan larian dengan cemerlang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

 

Malah, Alif memaklumkan, dia pada mulanya berasa kurang yakin dan risau dengan keputusan isterinya itu untuk terlibat dalam acara larian berkenaan dek kerana, Shad sudah sebulan tidak melakukan latihan.

“Another milestone today, and I am so proud of you.

“Harini aku, anak-anak dengan Mama dan Ayah jadi support crew untuk Shad.Dari dulu, aku selalu ajak Shad run/training dengan aku tapi tak pernah nak ikut. Tiba-tiba, ‘Sayang, I signed up Boom Run’.

“And when we found out we were pregnant, Shad sebulan tak train tambah pula dengan morning sickness, aku cakap kat Shad, baik kita tunggu sampai doktor bagi the green light. Even malam tadi aku fikir yang aku tak berapa yakin yang Shad fit untuk run 10km.

“But the willpower is stronger than the mind and Shad definitely showed it today with a strong finish,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Jul 2024
Events Fri, 22 Mar 2019

Catch Dua Lipa, Hael Hussaini and Ismail Izzani at Lazada’s 7th Birthday Celebration

Everyone’s invited! Check out how you can join in on the fun.

Trending Sun, 24 Jan 2021
Featured Fri, 27 Oct 2023
Featured Mon, 3 Jul 2023
Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Gaya Di KLFW Dikritik, Awal Ashaari Tutup Ruangan Komen

Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW 2018) sudah pun berakhir pada 12 Ogos lalu. Di sana, kita dapat saksikan ramai jemputan yang terdiri daripada golongan VIP, artis, fashionista dan ramai lagi.  Kehadiran ramai selebriti pada acara […]

error: Content is protected !!