Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 8, 2025 @ 12:26pm

Sophia Albarakbah Masih Trauma Terima DM Selepas Jadi Mangsa Buli Siber & Gangguan S*ksual

Pelakon Sophia Albarakbah mengakui dirinya masih berdepan trauma setiap kali menerima dan membaca mesej peribadi di Instagram selepas melalui pengalaman pahit menjadi mangsa buli siber serta gangguan seksual.

Bintang drama bersiri Suamiku Lelaki Pendosa itu berkata, insiden terbabit meninggalkan kesan yang mendalam hingga membuatkannya tidak sanggup membuka sebarang mesej dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak guaman untuk meneliti serta mengambil tindakan lanjut.

“Sejujurnya, selepas semua yang berlaku, saya jadi terlalu takut untuk membuka DM (Direct Message) di Instagram. Sama ada mesej itu baik atau sebaliknya, saya lebih rela serahkan kepada peguam untuk semak dan tentukan langkah seterusnya. Lebih mudah biar pihak berkuasa yang kendalikan,” ujarnya.

Tambah aktres drama bersiri Marina itu, mesej yang diterima terlalu banyak sehingga dia sendiri tidak tahu sama ada ada individu yang cuba memohon maaf kepadanya.

“Jumlah mesej memang terlalu banyak, sampai saya sendiri rasa gentar untuk baca. Kalau ditanya sama ada ada yang sudah meminta maaf, mungkin ada… tetapi saya sendiri tidak pernah buka mesej tersebut.

“Kalau benar ada yang menyesal, saya anggap itu satu perkara baik. Kita semua manusia, pasti pernah melakukan kesilapan. Saya sendiri bukan sempurna. Untuk mereka yang sudah meminta maaf, saya ucapkan terima kasih dan harap mereka terus berubah ke arah kebaikan,” katanya lagi.

Terdahulu, pada 9 Ogos lalu, Sophia membuat laporan di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur selepas menerima mesej keterlaluan di Instagram. Bukan sekadar hinaan, malah terdapat kiriman berunsur lucah yang jelas berbaur gangguan seksual sehingga menimbulkan trauma.

Mengulas mengenai tindakan undang-undang yang diambil, Sophia menegaskan langkah itu bukan semata-mata untuk kepentingan diri, sebaliknya sebagai peringatan kepada masyarakat agar lebih berhemah ketika menggunakan media sosial.

“Bagi saya, tindakan undang-undang ini penting supaya orang faham komen berbaur jelik bukan perkara kecil. Mungkin sebelum ini ada yang berasa seolah-olah tiada undang-undang, lalu sesuka hati mahu menghina atau memfitnah orang lain.

“Saya harap dengan tindakan ini, lebih ramai akan berhati-hati dan kesedaran itu memberi manfaat kepada semua pihak,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana filem Abu Si Raksasa di GSC Mid Valley Megamall, baru-baru ini.

Abu Si Raksasa mengisahkan seekor cicak salamander peliharaan Zaara (lakonan Sophia) yang terlepas ke dalam empangan tercemar bahan kimia hingga membesar menjadi raksasa. Zaara bersama Sofiyan (Jaa Suzuran) dan Zidan (Zalif Sidek) kemudian berusaha menyelamatkan Abu daripada pihak berkuasa yang mahu menghapuskannya demi keselamatan negara. Filem ini dijadualkan tayang di seluruh negara bermula 11 September 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 10 Jun 2018

Kejam Betul! Bayi Lelaki Ditinggalkan Dalam Mangkuk Tandas

Polis masih mengesan individu yang terlibat dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan.

Events Fri, 21 Feb 2020

“Saya Dan Pasukan Akan Memberikan Maklum Balas Segera”- Naim Daniel Bakal Tunjuk Bukti

Semoga 2020 ni, isu lagu Sumpah dapat lah diselesaikan dengan cepat ye

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

Hadiah Istimewa Buat Semua Peminat Dayang?

Jangan lupa undi finalis AJL33 kora korang menerusi www.xtra.com.my

Hiburan Thu, 9 Feb 2023
Hiburan Mon, 13 May 2019

Didakwa Menderita Anorexia Nervosa, Apa Komen Amyra Rosli?

Amyra memberitahu meskipun berat badan hanya mencecah 41 kilogram, dia tidak pernah berdepan masalah kesihatan.

Hiburan Sat, 6 Oct 2018

OMG! Karier HyunA Hancur Sebab Bercinta?

Bagaimanapun, pihak pengurusan Cube Entertainment agensi tersebut menafikan perkara tersebut dan memberitahu mereka masih dalam perbincangan kontrak pasangan kekasih itu.

Hiburan Wed, 29 Sep 2021

Padat Dengan Mesej Positif, Penyanyi Cilik Timah Ajak Rakyat Malaysia Kembali Ceria

Penyanyi dan pelakon cilik, Fatimah Noryyah Mohd Noor Kosygin atau lebih mesra dengan panggilan Timah, 13, tampil dengan single pertama berjudul Ceria. Kini bernaung dengan label Rocketfuel Entertainment, lagu Ceria merupakan ciptaan komposer terkenal, MFMF […]

Featured Thu, 16 Oct 2025

Mimpi Makkah 2 Hari Berturut-Turut, Aisha Retno Mohon Diberikan Rezeki & Kesihatan Yang Baik – “Moga Ini Adalah Petanda”

Penyanyi berbakat, Aisha Retno mencuri perhatian selepas memaklumkan dia mengalami mimpi yang sama selama dua hari berturut-turut.

error: Content is protected !!