Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 9, 2025 @ 12:15pm

“Semua Ini Asbab Dari Doa Kalian” – Bersedia Jadi Isteri Fattah Amin, Amira Othman Tawakkal Kepada Allah

Penyanyi, Amira Othman menyifatkan perjalanan kisah hidupnya yang bakal menjadi isteri kepada aktor, Fattah Amin dalam masa terdekat sebagai satu aturan Allah SWT yang tidak terjangkau dek akal fikiran.

Menerusi panggilan telefon bersama radio Hot FM, Amira atau nama lengkapnya, Nadia Amira Othman, 32, mengakui terkejut ramai yang memberi sokongan terhadap hubungan cintanya bersama Fattah.

“Saya anggap semuanya rahsia tuhan. Memang kita pun tidak merancang. Saya tak sangka begitu sekali orang mendoakan, tetapi apa yang saya boleh cakap ianya adalah salah satu asbab daripada doa kalian semua.

“Mudah-mudahan Allah bagi yang terbaik untuk semua yang mendoakan yang baik-baik buat kami. Saya harap terus doakan saya, dan semoga yang baik-baik untuk kita semua,” katanya.

Ketika disoal sama ada Amira sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri, pelantun lagu Dalam Sujudmu ini menyerahkan segalanya kepada Illahi.

“Insya-Allah, bersedia atau tidak bersedia pada saya ia adalah lumrah kehidupan. Jika sudah sampai, kita kena bersedia dan tawakkal,” katanya.

@im_yourgirl06

#amiraothman #fattahamin #setulustakdir #fyp #selamatpengantinbaru

♬ original sound – Sₑcᵣₑₜ GᵢrL ❤️✨ – Sₑcᵣₑₜ GᵢrL ❤️✨

Pada Isnin, Fattah dan Amira berkongsi berita gembira majlis ijab dan kabul mereka bakal berlangsung pada 14 September ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Spekulasi Terjawab, Fattah Amin Umum Majlis Ijab Kabul Bersama Amira Othman Ahad Ini! – “Selepas ini Kami Rakan Serumah”

Artikel Berkaitan: Romantis, Bersejarah & Eksklusif… Perkahwinan Fattah Amin & Amira Othman Diabadikan Dalam 10 Bahagian Istimewa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Sep 2021

Paralimpik Tokyo 2020: Wei Lun Raih Perak, Ubati Kekecewaan Rakyat Malaysia

Setelah rayuan keputusan Paralimpik Ziyad Zolkefli tidak berpihak kepadanya, rakan seperjuangannya, Chew Wei Lun hari ini mengubati kekecewaan rakyat Malaysia apabila berjaya memenangi pingat perak pada aksi final acara individu BC1 di Pusat Gimnastik Ariake […]

Hiburan Wed, 29 Apr 2026

“Takkan Nak Tersenyum Setiap Masa? Jangan Cepat ‘Menghukum” – Rosyam Nor Tepis Dakwaan Artis Sombong

Rosyam berpendapat bahawa tidak wajar untuk terus cepat menghukum kerana artis juga manusia biasa yang turut berdepan keletihan dan tekanan kerja. 

Featured Tue, 23 Sep 2025
Hiburan Sun, 21 Apr 2019

摇滚老旋律让全场粉丝热情延烧!罗大佑:这是世上最好听的声音

「音乐教父」罗大佑暌违六年再踏上大马舞台,摇滚老旋律让全场粉丝热情延烧!罗大佑满足甜喊 “这是世上最好听的声音。”

Hiburan Sun, 21 Jan 2024
Hiburan Sun, 29 Oct 2023

Kongsi Berita Gembira, Jasmin Hamid Kini Bebas Kanser Rahim

Alhamdulillah! Semoga rawatan seterusnya dipermudahkan, Amin🤲🏻

Hiburan Wed, 24 Jul 2019

PU Riz ‘Anak Emak’ ke?

Emak segalanya bagi saya.

Selebriti Tue, 7 Nov 2023
Events Fri, 3 Apr 2026

UTV Tembusi Skrin Televisyen Dengan 30 Juta Tontonan, Gandingan Bella Astillah & Syed Saddiq Dalam Telefilem Bakal Jadi Taruhan?

Platform penstriman tempatan, UTV terus mengorak langkah apabila ia kini boleh diakses menerusi layar skrin televisyen, sekali gus membawa pengalaman baharu terus kepada penonton dan peminat telefilem tempatan.

error: Content is protected !!