Euforia Bola 2026
Hiburan By: XTRA September 8, 2025 @ 5:50pm

JessC Rangkul Anugerah ‘Best Asian Pop’ di InterContinental Music Awards 2025

Penyanyi JessC, terus mengukuhkan kedudukannya di persada muzik apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Best Asian Pop menerusi lagu popular My Style pada InterContinental Music Awards 2025 (ICMA) yang berlangsung di Los Angeles, baru-baru ini.

Kemenangan tersebut membuktikan bahawa bakat JessC bukan sahaja diterima di rantau Asia, malah semakin menyerlah di pentas antarabangsa.

Album Mandarin My Style mencatat kejayaan luar biasa di China dengan kedudukan tinggi di carta penstriman dan radio, manakala album berbahasa Melayu berjudul Dekati mencetuskan fenomena “Demam JessC” di Indonesia. Sementara itu, single Inggerisnya, Six Feet Deep, turut berjaya menembusi pasaran Barat dengan siaran di stesen radio berpengaruh termasuk Z-100 New York, Virgin Radio Vancouver dan KIIS FM Sydney.

ICMA sendiri dikenali sebagai antara anugerah muzik antarabangsa paling berprestij dengan barisan juri terdiri daripada pakar industri muzik dunia yang pernah bekerjasama dengan artis ternama seperti Celine Dion, Selena Gomez dan Ricky Martin. Karya JessC dipuji kerana keunikannya yang berjaya menggabungkan muzik Timur dan Barat secara luar biasa.

JessC meluahkan penghargaan atas kemenangan tersebut dan menyifatkan kejayaan ini sebagai milik semua yang sentiasa memberikan sokongan terhadap kerjayanya.

“Muzik ialah kuasa penyembuhan yang menghubungkan hati dan melangkaui budaya. Saya amat bersyukur atas pengiktirafan ini, dan anugerah ini adalah milik semua yang menyokong muzik kami,” katanya.

Kemenangan berprestij ini turut membuka peluang lebih besar buat JessC, termasuk harapan untuk melangkah ke pentas Anugerah Grammy pada masa hadapan.

Mengikut jadual, JessC bakal memulakan kempen promosi global untuk single terbarunya berjudul One Chance bermula September ini di Amerika Syarikat, sebelum bergerak ke Eropah dan Amerika Selatan dengan sasaran menjelajah 50 negara dan 100 bandar menjelang hujung tahun.

Bagi peminat di Malaysia, JessC akan kembali ke pentas tempatan menerusi My Style World Tour Concert yang dijadualkan berlangsung pada 20 Disember 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, selepas kejayaan konsert habis terjual di Genting Arena of Stars pada Mei lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 18 May 2019

Nora Danish Tarik Diri

Pihak mereka mempunyai masa empat bulan untuk mengeluarkan gambar dan video saya daripada tempoh kuat kuasa.

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

“Poligami Bukan Tanda Tak Bersyukur” – Bakal Kahwin Dua, Azlan Komeng Nafi Abaikan Pengorbanan Nur Nilam

Azlan bertegas dia hargai pengorbanan Nur Nilam yang menjaganya selepas terbabit kemalangan

Featured Wed, 18 Dec 2024

[VIDEO] Sentiasa Positif, Sky Iskandar Pegang Konsep 325, Rakan Baik Dedah Amal Solat Tahajjud

Rupa-rupanya Sky hampir tidak mendapat tawaran berlakon dalam Filem Kahar: Kapla High Council

Hiburan Sat, 21 Oct 2023
Featured Fri, 14 Feb 2025

Kembali Ke Indonesia, Ameera Khan Manis Berkebaya Kongsi Momen Bersama Jefri Nichol

Ameerra sebelum ini mendedahkan bahawa dia akan bertemu Nichol sebelum berangkat ke Paris.

Featured Mon, 17 Mar 2025

“Walau RM1 Sangat Bermakna Untuk Mereka”- Putra Amaris ‘Kongsi Rezeki’, Bantu Anak Tahfiz & Pesakit Kanser

Seramai 100 orang anak tahfiz sekitar Kuala Lumpur berjaya dikumpulkan untuk malam ‘Tahfiz Beselawat’ ini.

Hiburan Wed, 17 May 2023
Hiburan Wed, 7 Aug 2019

古天乐发高烧缺席《使徒行者2》大马首映!

古天乐发高烧缺席《使徒行者2》大马首映!马德钟接下棒子,与张家辉与监制乐易玲和导演文伟鸿准时赴约。

error: Content is protected !!