Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 18, 2019 @ 9:30pm

Nora Danish Tarik Diri

Mengambil langkah terbaik dan muktamad, aktres dan ahli perniagaan, Nora Danish, mengumumkan yang dia tidak lagi mempunyai kaitan lagi dengan produk kosmetik jenama OhMostWanted serta merta sejak April lalu.

Selepas dua tahun menjalankan perniagaan berkenaan bersama tiga lagi rakan kongsi, isteri kepada Nedim Nazri ini percaya keputusan ini sudah ditimbang tara sebaik mungkin.

“ Selepas memikirkan perkara ini semasak masaknya dan di atas sebab tertentu, saya percaya apa yang dilakukan ini untuk kebaikan bersama.

“ Saya sendiri begitu mencintai perniagaan kosmetik dan mempunyai perancangan lain pada masa mendatang.

“ Melihat perkembangan dan kejayaan jenama ini daripada hari pertama hingga sekarang. Saya juga percaya penarikan diri ini sudah tepat waktunya dan membiarkan rakan kongsi lain meneruskan legasi yang dimulakan,” katanya.

Tambah Nora penarikan dirinya juga bukan kerana mempunyai masalah dengan rakan kongsi lain.

“ Kami profesional dalam hal perniagaan.

“ Apa yang dilakukan ini adalah atas kehendak sendiri. Saya doakan mereka terus berjaya ,” katanya.

Nora juga berharap apa yang dijelaskan ini dapat memberikan pencerahan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini mahupun salah faham.

“Selepas ini sebarang imej atau nama saya tidak boleh digunakan jenama itu lagi untuk apa saja tujuan promosi berkuatkuasa sejak 1 Mei supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan

“ Pihak mereka mempunyai masa empat bulan untuk mengeluarkan gambar dan video saya daripada tempoh kuat kuasa,” katanya.

Optimis dengan apa yang tertulis, Nora kini selesa memberi tumpuan kepada dua perniagaan lain termasuk mengusahakan Salun Karva dan jenama pakaian OwlbyNd.

Dalam perkembangan lain, pelakon drama Imaan itu memilih untuk bereht di bulan Ramadan sekali gus memberi perhatian kepada keluarga.

“ Masa saya banyak dihabiskan di rumah bersama keluarga.

“ Ada kalanya kami sekeluarga berbuka di rumah atau memilih lokasi di luar,” katanya.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Feb 2025
Hiburan Sun, 15 Feb 2026

Diberi Pilihan Antara ‘Love Or Gold’, Anna Jobling Utamakan Cinta Sejati

Anna Jobling lebih menghargai cinta sejati berbanding kemewahan material, termasuk barangan kemas.

Featured Thu, 23 Feb 2023

[VIDEO] Siti Nurhaliza Rawat Vokal Bersama Syafinaz Selamat 

Queen dengan Queen 🤩🤩🤩 Insya-Allah, moga vokal TokTi kembali pulih seperti selalu, Amin.. 🤩

Events Tue, 7 Oct 2025
Featured Tue, 4 Mar 2025

“Al-Quran Jangan Lupa, Bila Saya Panggil Jemaah Tinggal Semua Kerja Yang Kamu Buat” – Johan Nasihat Pembantu Rumah Utamakan Ibadah

Johan tidak mahu disoal di akhirat kelak apabila pembantu rumahnya itu meninggalkan perkara wajib semata-mata mahu menyiapkan kerja rumah.

Hiburan Fri, 29 Nov 2019
Featured Tue, 29 Apr 2025
Featured Wed, 10 Jun 2026

Remy Ishak Tak Melatah Nama Digugurkan Akibat Hasad Dengki Rakan Seperjuangan – “Saya Percaya Allah Sudah Sediakan Jalan Untuk Saya”

Remy Ishak enggan melatah isu provokasi nama digugurkan akibat hasad dengaki rakan seperjuangan.

error: Content is protected !!